———————————–
Merujuk kepada sebuah artikel nukilan wartawan Berita Harian, Jamhariah Jaafar yang terbit pada 26 September 2009 lalu dengan tajuk utamanya ”Krisis MCA retak menunggu”. Penulis tersebut dalam hujah-hujahnya memberikan gambaran yang mengelirukan dan berat sebelah kerana hanya melihat krisis politik MCA dari satu sudut sahaja.
Antara hujah yang dikemukakan beliau ialah krisis MCA kini diibaratkan retak menunggu belah. Kepada penulis itu, apakah maksud retak menunggu belah? Adakah MCA begitu tenat sehingga kesemua 940,000 ahli yang sedia ada, semuanya memberontak terhadap kepemimpinan Presiden Parti, Dato’ Sri Ong Tee Keat? Apakah para perwakilan MCA tidak mempunyai pendirian sendiri sehingga begitu mudah termakan dengan emosi dan janji-janji pihak yang mahu mengadakan EGM?
Komuniti Cina sokong pemimpin bermoral
Apa yang tidak dinyatakan oleh penulis itu ialah masih ada sebahagian besar ahli-ahli parti serta komuniti Cina yang berdiri teguh di belakang Tee Keat. Beberapa orang pemimpin komuniti terkenal seperti Tan Sri Robert Phang dan Datuk Chor Chee Heung sudah tampil menyatakan sokongan mereka kepada kepemimpinan Tee Keat.
Selain itu, selaklah surat-surat pembaca yang terbit dalam akhbar-akhbar perdana dan didapati ramai pembaca atau lebih tepat lagi rakyat jelata telah menyatakan pendirian mereka. Rata-ratanya mahu melihat MCA diterajui oleh seorang pemimpin berkaliber dan bermoral.
Kewujudan fraksi sesuatu yang normal dalam politik
Apa yang cukup menghairankan juga ialah artikel tersebut turut menyatakan penganjuran EGM kali ini tidak akan menjanjikan apa-apa kesudahan melainkan kewujudan dua kem/fraksi. Ini cukup melucukan! Apakah penulis awal-awal lagi sudah mengetahui kesudahan EGM sehingga begitu yakin memberikan kesimpulan sedemikian?
Dalam mana-mana parti politik sekalipun, kewujudan fraksi sememangnya tidak dapat dielakkan. Selagi ada satu pihak yang bercita-cita tinggi untuk menaiki hierarki parti dan selagi wujudnya semangat berpuak-puak, maka selama itu jugalah fraksi ini akan berpanjangan.
EGM menghormati hak perwakilan
Dalam konteks ini, tindakan pucuk kepemimpinan parti untuk hanya mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dilihat cara terbaik untuk mengatasi kemelut ini. Adalah merupakan satu pandangan yang cukup naif untuk mengatakan kesudahan EGM tidak akan menjanjikan apa-apa.
Sekurang-kurangnya EGM tersebut akan memberikan ruang seluas-luasnya kepada para perwakilan sebanyak 2,377 untuk menyuarakan pendirian mereka terhadap lima resolusi yang dikemukakan.
Dengan ruang yang diberikan kepada para perwakilan untuk bersuara pada EGM nanti, ia sebenarnya membolehkan proses demokrasi terus bercambah dalam MCA dan menidakkan segala tohmahan kononnya parti tersebut diterajui oleh seorang pemimpin diktator.
Pada hemat saya, keputusan untuk hanya mengadakan satu EGM dan kesediaan pucuk kepemimpinan parti mempersetujui kepada lima resolusi yang dikehendaki pihak lawan, menjadi turning point kepada memecahkan kebuntuan dalam krisis tersebut.
Cumanya, insan yang bergelar manusia tidak pernah merasa puas hati dengan apa yang kita miliki. Lagi banyak konsesi yang diberikannya, lagi banyak yang ingin dituntutnya. Biasalah, itu kan naluri manusia yang sentiasa mahu memenuhi kehendaknya.
Mengambil kira krisis politik MCA sekarang, adalah jelas apa sekali pun usaha oleh pucuk kepemimpinan parti untuk meredakan suasana, pun akan dikritik. Maka kerana itu, pucuk kepemimpinan parti tidak perlu melayan kerenah-kerenah pihak berkepentingan kerana jika tuntutan-tuntutan sedemikian dilayan, nescaya krisis politik MCA tidak akan berkesudahan malah bertambah kompleks lagi di kemudian hari.
Justeru, adalah tidak berasas sama sekali untuk menyifatkan Tee Keat terperangkap dalam usahanya menyingkirkan Chua Soi Lek. Apakah manfaat yang akan diperoleh oleh parti MCA sekiranya Timbalan Presidennya disingkirkan?
Soal perundangan dan integriti
Dalam kita membincangkan mengenai isu skandal seks Soi Lek, si penulis tadi ada mengatakan: Kemelut MCA ini tidak patut berlaku terutama selepas ahli-ahli MCA kelihatan sudah mengampunkan dosa Soi Lek apabila memilih beliau sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan parti Oktober 2008 lalu.
Soalnya di sini bukan sama ada Soi Lek telah mengakui kesilapannya atau tidak, kita sedang berbicara mengenai soal perundangan dan integriti seseorang pemimpin. Pada ketika BN kini berhadapan dengan masalah persepsi dan imej yang kurang elok, adalah satu kesilapan besar dan merupakan political suicide untuk terus bergantung harap kepada pemimpin yang dilanda skandal.
Tidak kira sama ada dari UMNO, MCA mahupun MIC, isu perundangan, moraliti serta integriti pemimpin perlu diberi keutamaan tertinggi. Jika isu perundangan, moraliti dan integriti boleh digadaikan, bayangkan apa yang akan berlaku kepada parti tersebut.
Kita semua sedar Soi Lek merupakan seorang pemimpin yang berkaliber. Itulah hakikat. Malah semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan dahulu, beliau telah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan dan telah memperkenalkan beberapa pembaharuan.
Namun begitu, realiti sebenar amat pahit untuk diterima. Yang telah berlaku tetap telah berlaku dan yang bersalah tetap bersalah. Para perwakilan telah menyatakan pendirian mereka untuk memilih Soi Lek sebagai Timbalan Presiden, namun pendirian perwakilan mungkin tidak sama dengan apa yang difikirkan oleh para pengundi.
Para perwakilan merupakan ahli dalam parti dan sudah semestinya mereka cenderung mengundi seseorang bagi memastikan kepentingannya terjamin. Tetapi untuk para pengundi tidak sama. Mereka hanyalah pemerhati, merekalah hanya pengundi yang akan membuang undi setiap lima tahun sekali. Tetapi ramai tidak menyedari bahawa kuasa undi yang dimiliki pengundi yang bakal menentukan jatuh bangunnya seseorang calon mahupun parti dalam sesuatu pilihan raya.
Benarlah kata pemimpin komuniti terkenal, Tan Sri Robert Phang dalam satu temuramah dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris. Dalam temuramah itu, Phang menjelaskan, moraliti adalah satu asas penting dan merupakan syarat dalam sesebuah kepemimpinan politik. Katanya lagi, apa yang sedang membelenggu MCA ketika ini boleh memberi kesan yang amat serius kepada BN sekiranya ia tidak diurus dengan baik.
Berani berubah
Sekiranya apa yang dinyatakan oleh Jamhariah Jaafar dalam artikelnya menjadi kenyataan dan dalam hal ini merujuk kepada kemungkinan ramai ahli akan keluar parti, biarlah ia berlaku. Parti MCA tidak harus diugut oleh mana-mana ahli parti.
Tidak ada mana-mana ahli malah pemimpin MCA sekali pun yang melebihi parti. Segala ugutan ataupun taktik keras sedemikian tidak akan mengoyahkan tekad kepemimpinan parti untuk mengembalikan maruah MCA di mata masyarakat Cina.
Inilah juga kesempatan terbaik untuk pucuk kepemimpinan parti mengetahui dengan mata sendiri siapakah sebenarnya ahli-ahli parti yang benar-benar setia kepada parti, baik semasa waktu sukar mahupun senang.
Usahlah kita bermegah dengan jumlah ahli parti yang banyak tetapi dari aspek dalamannya, ia tidak memiliki apa-apa substance. Kuantiti tidak melambangkan apa-apa. Sebaliknya, parti tersebut akan hanya dihormati dan digeruni jika ia memiliki ahli-ahli yang berkualiti bukan sahaja dari aspek pemikirannya, tingkah laku bahkan juga mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak tanpa dipengaruhi emosi.
~Rakyat Malaysia
*Definisi ’turning point’: landmark: an event marking a unique or important historical change of course or one on which important developments depend
wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn
.
Seandainya kumpulan Kempen Selamatkan MCA berjaya menggulingkan Ong Tee Keat, apakah yang akan terjadi kepada segala inisiatif pembaharuan yang dijanjikan oleh Tee Keat untuk parti? Bagaimanakah pula dengan isu PKFZ yang merupakan faktor pemangkin kepada kekalahan teruk BN/MCA di Selangor pada PRU 12 lepas?
.
Artikel:
Sebarang cakap-cakap dan spekulasi mengenai wujudnya pihak-pihak tertentu yang cuba mensabotaj kepemimpinan Presiden MCA, Dato Sri Ong Tee Keat yang hangat diperkatakan di dalam media massa sejak sekian lama, akhirnya terjawab juga.
Pada 26 Ogos yang lalu, selepas Majlis Presiden menerima syor daripada Jawatankuasa Disiplin Parti untuk memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung skandal seks, sebuah kumpulan protem bernama Kempen Selamatkan MCA yang diterajui oleh pengerusinya, Datuk Theng Book telah diaktifkan semula.
Matlamat mereka adalah mudah iaitu untuk mendapatkan seberapa banyak tandatangan yang mungkin untuk memaksa Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) seterusnya menggulingkan Presiden MCA itu.
Kemunculan Theng Book dan anggota-anggota kumpulan di saat MCA dalam krisis bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Masih ingatkah anda dengan kemunculan kumpulan tersebut dua tahun yang lalu apabila mereka dengan lantang tampil membantah kepemimpinan Ka Ting kerana percaya mantan Presiden MCA itu terlibat dalam perancangan rakaman video seks Soi Lek?
Dan beberapa hari lalu, kumpulan berkenaan sekali lagi tampil dan berlakon sambil mendakwa MCA kononnya telah berpecah gara-gara kerana angkara Tee Keat yang cuba memecat Soi Lek. Yang menariknya mengenai Kumpulan Kempen Selamatkan MCA ini, kedua-dua penampilan mereka adalah untuk tujuan yang sama iaitu isu skandal seks Soi Lek.
Perkembangan ini sekali gus telah mencetus persoalan, adakah kumpulan terbabit mempunyai perkaitan dengan Soi Lek namun tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Theng Book dalam satu sidang media beberapa hari sudah. Apakah motif mereka? Mengapakah sekarang?
Dan ini membawa kita kepada kumpulan Kempen Selamatkan MCA yang diterajui Theng Book. Mengapakah mereka menamakan Kempen Selamatkan MCA? Apakah yang perlu diselamatkan? Parti atau pemimpin?Adakah dengan kenyataan Pengerusi Kempen Selamatkan MCA itu bermakna parti tersebut sebenarnya dalam keadaan yang tenat?
Semenjak barisan pucuk kepemimpinan parti dipilih tahun lalu, beberapa inisiatif pembaharuan telah pun mula dilaksanakan. Antaranya, MCA bakal mengadakan pemilihan jawatan Presiden secara langsung bermula pada 2011. Selain itu, MCA di bawah kepemimpinan Tee Keat telah mula membersihkan senarai daftar ahli parti yang selama ini dibelenggu dengan dakwaan pengundi hantu.
Apakah beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh barisan kepemimpinan parti itu
Apakah kewajaran kumpulan tersebut untuk menggulingkan Tee Keat hanya disebabkan oleh seorang Timbalan Presiden dipecat?
Harus diingat mana-mana parti politik termasuklah MCA tidak berkisar kepada seorang individu. Sebaliknya, semua parti politik hanya akan mara ke hadapan dan menggerunkan musuh jika ia bergerak sebagai sebuah pasukan yang mantap.
Apa yang berlaku ketika ini dalam MCA amatlah menyedihkan. Tatkala sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan BN berada pada paras yang mendukacitakan, ini bukanlah masanya untuk menggulingkan Presiden. Sudah tentu Jawatankuasa Disiplin Parti mempunyai sebab-sebab kukuh untuk memecat Soi Lek.
Soi Lek seharusnya menerima keputusan tersebut dengan dada yang lapang. Kepada pengikut dan pemimpin-pemimpin MCA lain, janganlah terlalu emosi dan membiarkan emosi mengaburi pemikiran anda. Elakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur bantahan atau dendam yang boleh menjejaskan keharmonian parti.
Seandainya kumpulan Kempen Selamatkan MCA berjaya menggulingkan Tee Keat, apakah yang akan terjadi kepada segala inisiatif pembaharuan yang dijanjikan oleh Tee Keat untuk parti? Bagaimanakah pula dengan isu PKFZ yang merupakan faktor pemangkin kepada kekalahan teruk BN/MCA di Selangor pada PRU 12 lepas?
Jika ini boleh berlaku kepada Ka Ting dan Tee Keat, maka tidak ada jaminan di masa hadapan bahawa kempen sedemikian tidak akan digerakkan untuk memburuk atau menjatuhkan presiden parti yang baru sekiranya tidak sehaluan dengan kehendak mereka.
Jika inilah senarionya dalam MCA selepas ini, maka segala harapan untuk mengembalikan imej dan sokongan masyarakat Cina akan bertambah sukar. Masyarakat Cina melihat krisis sekarang dengan penuh dukacita dan jangan terkejut jika penangan pengundi Cina kepada pembangkang bertambah kuat ekoran episod hitam ini. Paling gembira ekoran episod hitam ini sudah tentulah DAP dan konco-konconya.
Ahli-ahli parti seharusnya memberikan sokongan padu dan berdiri teguh di belakang kepemimpinan Tee Keat dalam melaksanakan agenda pembaharuannya. Ini bukan lagi masa untuk bertelingkah tatkala masa untuk PRU ke-13 hanya berbaki dua tahun sahaja lagi. Masa itu emas dan sudah tiba masanya MCA melakar satu episod baru dalam perjuangan mereka. Pemimpin datang dan pergi tetapi parti hanyalah satu.
Justeru, jangan biarkan sejarah hitam yang menimpa parti, berulang kembali.
~Li Yi Lian Ci (礼义廉耻)
.
Biarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugas mereka….
Tidak payahlah bising sangat Lim Kit Siang (DAP) membazirkan masa blog bertajuk panjang berjela-jela tentang penyelewengan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Lagi banyak isu negara yang patut Lim Kit Siang menfokuskan tenaganya untuk berbakti kepada negara tercinta.
Tidak disangka-sangka, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) pula menonjolkan hemah yang meninggi dalam berpolitik, “Setakat ini belum ada bukti penyelewengan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).”
Janganlah kita malu-malu untuk belajar dari yang berstandard tinggi world class.
Dari Selangorkini berikutnya:
—
MB: Tiada Bukti Penyelewengan PKFZ
Wednesday, 08 July 2009 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 8 Julai – Setakat ini belum ada bukti penyelewengan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Namun begitu, beliau berpendapat projek PKFZ perlu dihentikan secepat mungkin, jika mahu mengurangkan kerugian akibat ketidakcekapan pelaburan yang dibuat Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pada masa lalu.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pinjaman pembangunan kawasan seluas seribu ekar, membabitkan belanja 12 bilion ringgit itu, dilupuskan.
“Pada pandangan negeri Selangor, untuk membangunkan PKFZ sebanyak 1,000 ekar, dengan pelaburan yang sudah digunakan 12 billion adalah satu pelaburan yang sangat mahal. Kita tidak merasakan keuntungan boleh didapatkan dengan pelaburan yang sebegitu besar”, katanya.
Menurutnya, pulangan 10 peratus setahun yang dianggarkan daripada kos pembangunan 12 bilion itu adalah tidak munasabah, sebaliknya kerajaan negeri menganggarkan pelaburan sekitar 3 bilion ringgit sahaja.
“Kalau harganya 2 sampai 3 billion, maknanya dia kena write off the rest of that so the project is worthwhile, 3 billion maknanya u boleh dapat keuntungan lebih kurang 300 juta setahun atau 10 percent its look reasonable, boleh dicapai. Sebab saya kata terpulang kepada kerajaan persekutuan write off, kalau dia nak write off, maknanya boleh, sebab kerajaan persekutuan boleh write off dia punya losses dan reevaluate the investment, kalau dia 3 billion, which is reasonable, then bolehlah kita buat keuntungan”, ulas Abdul Khalid.
Sementara itu, Abdul Khalid difahamkan tanah projek PKFZ merupakan tanah milik kerajaan negeri Selangor yang diserahmilik kepada Koperasi Pembangunan Pulau Lumut untuk diusahakan dengan projek pertanian.
Namun, tanah tersebut dijual kepada orang tengah iaitu syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd tanpa melalui Pejabat Tanah Daerah, sebelum LPK membelinya bagi pembangunan projek PKFZ.
“Dia bukan jual tanah tu pada LPK, tapi dia jual tanah tu kepada Kuala Dimensi dan Kuala Dimensi pulak jual kepada LPK”, tambah Abdul Khalid lagi. – MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN
:0
Bayangkan seseorang insan politikus bernama Lim Kit Siang (DAP) mengucapkan ‘I LOVE U‘ kepada seseorang insan manusia Ong Tee Keat (MCA).
Tiap hari asyik marah saja, tiada kata-kata membina dari Encik Lim untuk memberi rangsangan kepada Encik Ong agar dia meneruskan kerja dengan tulus memperbaiki pengurusan kerajaan di Kementerian Pengangkutan Jalan.
Kalau tidak bernasib baik, mungkin kamu juga ada mengenali sahabat sebegini yang hanya mampu maki, marah sebarangan tanpa sedikit pun kata-kata motivasi agar kita dapat menaikkan terus semangat untuk menjalani kehidupan yang berliku dan penuh cabaran ini. haishhh..
Apalah yang berlaku kepada usaha menjana kasih sayang sesama manusia sejagat dalam ekonomi glokal ini?
Marilah kita berusaha Heal The World seperti yang dimimpikan oleh Michael Jackson.
—
.
Saya baca satu artikel yang saya rasa ‘interesting’ sangat nak kongsi dengan kalian. Artikel ni saya baca dalam akhbar harian, pasai seminar Rumahku Syurgaku ‘Sanjungan Kasih Syurga di Hati’ yang dianjurkan oleh JAKIM. Ahli panel dalam seminar tu Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Aluwi Parman dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kesuma Jakim, Zawiah Hassan.
Menariknya mengenai seminar tersebut ialah mengenai hubungan suami isteri. Bila panel ada sebut bahawa Suami isteri perlu ucap I Love You sekurang-kurangnya tujuh kali sehari. Tujuannya supaya ikatan kasih sayang dan kemesraan antara suami isteri itu akan sentiasa segar, sejak dok mula kawin sampailah bila-bila.
Bila saya dok sembang benda ni dengan kawan-kawan, ada jugak kawan-kawan yang kata, bukan tak mau sebut I love u, takut karang bila kita sebut, isteri rasa pelik la pulak. Takut nanti isteri pi tanya kita balik, hang dah buang tebiat ka…tetiba je balik dok asyik sebut I love u, kat saya. Kalau segan nak sebut I luv u, kita sebut wu ai nie…
Betui jugakla isteri pelik, mungkin kita jarang sebut ayat tu, kena pulak kawin dah berpuluh tahun. Bukan kita tak sayang isteri, sayang tetap sayang macam dulu jugak. Apapun bila dok baca saranan-saranan panel tu, terasa la jugak kebenarannya. Sapa lagi nak jaga kemesraan hubungan antara suami isteri agar mesra berpanjangan, kalau bukan kita.
Sumber blog: http://pmr.penerangan.gov.my/chainmorad/
.
Berita ini tidak terdapat di Malaysiakini, The Malaysian Insider, Malaysia Today, Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times, dll.
Sekiranya betul, patut dijadikan suatu case study oleh semua politikus.
.
China will taste democracy by 2020, says official
A PROMINENT Communist official has predicted that China will have a form of democracy by 2020, in a sign that political reform may be back on the agenda after being sidelined this year by the Government’s iron-fisted response to the Tibetan riots and the Olympics.
Zhou Tianyong, the deputy head of research at the powerful Central Party School, told London’s Daily Telegraph that a 12-year plan to establish democratic reforms, including “public democratic involvement at all government levels” and “extensive public participation” in policymaking and drafting of legislation, was on track.
Professor Zhou, 50, an eminent economist, is noted within the party for his liberal views.
He said the Government was determined to make changes despite setbacks caused by bureaucratic “infighting”. A transition to democracy was also “essential for relations with Taiwan and a possible peaceful reunification” – topical given China’s outrage at US arms sales to the island democracy.
Professor Zhou predicts an increased role for civil society as represented by non-government organisations, charities, business and religious groups.
He was one of the key authors of the Party School’s Storming The Fortress report, released in February, which warned that China faced social and economic instability if the Communist Party did not reform, curb corruption and heed the public’s desire for greater democracy. It called for systematic liberalisation, including greater media and religious freedom by 2020.
The report was finished after the 17th Party Congress late last year at which the President, Hu Jintao, promised more extensive democratic and human rights, including more elections for positions within the party.
But the report’s impact was quickly overtaken by events including the Tibetan riots, the Sichuan earthquake and the Xinjiang terrorist attacks.
Professor Zhou’s decision to speak out – albeit to the Western media – could, analysts say, be a testing of the waters after the Tibetan unrest’s chilling effect on debate. Hardline rhetoric re-emerged in the resulting climate of fear; China’s head of security, Zhou Yongkang, vowed to use the police, army and courts to defeat enemies of the state.
A Beijing-based political scientist, Russell Leigh Moses, said the party was vigorously debating “whether or not it is possible to have a democratic system in China at this time … whether it is possible at any time”.
“What we might be seeing is an opening in the post-Olympic atmosphere but that doesn’t mean it’s a tidal wave,” he said.
“What politics will look like here is not predetermined in any way and that’s to the credit, I think, of powerful forces within the Communist Party.
“There are many paths to holding onto power … so in one sense it’s no tremendous surprise that these views are being aired because they have the sponsorship of certain people within the party who want to see alternatives being exploring.
“[But] democracy continues to be seen, even by these forces, as a means to an end. The end being maintaining power, but being more efficient and effective in ruling.”
Dr Moses said the significance of Professor Zhou’s comments would depend on whether his ideas were redistributed in the Chinese-language media.


