5000 pegawai baru untuk Badan Pencegah Rasuah (ACA)
April 21, 2008 in Berita Hangat, Malaysia, Politikus
Tags: ACA, Badawi, Barisan Nasional, Integriti, Malaysia, PM, rasuah, UMNO
*
Begitulah yang diumumkan oleh PM Abdullah Ahmad Badawi pagi ini di majlis Dialog Integriti Nasional di Menara Integriti.
Penambahan pegawai anti- rasuah yang kini hanya lebih kurang 2000 kakitangannya merupakan berita yang baik untuk Malaysia. Memang perlu diperbanyakkan kakitangan ACA untuk memantau semua kes-kes atau khabar-khabar angin tentang si-anu atau si-ana yang dikatakan menelan berjuta-juta ringgit di sini-sana.
ACA juga akan melapur terus kepada Parlimen – ACA committee, bukan lagi kepada Jabatan Perdana Menteri.
Inilah yang ditunggu-tunggukan oleh rakyat Malaysia selama ini. ‘Action, not promises or talk only.’
Diharap ACA akan menjulung dan menjalankan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh supaya Malaysia dipandang sebagai sebuah negara yang selamat untuk pelabur dan peniaga asing yang mementingkan suasana perniagaan yang bebas dari korupsi sebelum membuat keputusan menanamkan pelaburan dana yang besar di sesebuah negara.
Kita pantau di akhir tahun ini bagaimana ACA bangun memartabatkan Malaysia sebagai negara yang bebas korupsi.
.
-
Komen terbaru
-
Top Clicks
- Tiada
Gugusan Kategori
Arkib
Meta
Masammanis's Weblog- Return of Ong Dynasty to MCA: The brothers political empire
- MCA: Pandai lebih Tengku Adnan dari 1Malaysia
- Pilih satu: Perwakilan MCA suara rakyat komuniti Cina atau suara kepompong MCA?
- Turning Point untuk MCA
- Keputusan memecat Dr. Chua Soi Lek tepat sekali
- Kempen selamatkan parti dari inisiatif pembongkaran isu PKFZ?
- Tolong jangan melibatkan DS Najib mencemar nama BN: Tiong King Sing dari Kuala Dimensi dan PKFZ
- Cuci rumah MCA. UMNO bila?
- Lim Kit Siang melalak, Khalid Ibrahim tidak
- Sebut I love u 7 kali sehari dan heal the world
Laman
Blogroll
-
Flickr Photos



More Photos -
Blog Stats
- 6,137 hits
No Comments Yet