.

Nampaknya Ezam Mohd Nor telah menghantar pukulan pertama ke arah Anwar Ibrahim tetapi pukulan terbias dan secara tidak langsung telah menolong pentadbiran negeri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor dari kemungkinan terjelus ke dalam liang besar korupsi.

Alahai, BN dan PR masing-masing mempunyai kelemahan. Laporan Malaysiakini di sini:

kakakaka… ada blogger lain yang telah menulis apa yang aku nak post. Baik aku kongsi apa yang Ktemoc Konsiders… tulis ni…

Careful, BN dan PR, the Rakyat are watching you both!

.
Jalan Reban
Kampong Musang
Ayer Itam
Pulau Pinang
26 Jun 2008

Salam bahagia (dengan aiyoyo) Pak Cik Khalid,

Pak Cik dah baca artikel Malaysiakini yang bertajuk Keluarga Anwar kuasai syarikat S’gor?

Kalau belum, saya saran bahwa Pak Cik bacanya dengan segara.

Mengikut Ezam Mohd Nor, adalah seorang ahli keluarga Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai penasihat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), sebuah syarikat besar milik kerajaan Selangor.

Aiyah, saya pun suka jawatan macam itu – kaytee senang dengan memberi nasihat nasihat kepada sesiapa pun, tidak mengira diminta atau tidak ;-)

OK, di artikel Malaysiakini yang lain, ahli keluarga Anwar telah ditentukan sebagai adik kandungnya dan bukan adik de facto saja.

Aiyah, Pak Cik, mana boleh lah – bukan ini perlakuan cakap ta’serupa bikin ….. ooops, maafkan saya, dah lupa asal politik seseorang.

Walaupun, mengikut Malaysiakini, adik de jure Anwar telah meletakkan jawatan secara mengejut daripada KDEB semalam, bukankah tindakan ini bersifat reaktif, mengikut exposé oleh Ezam.

Kalau tidak diexposékan, hmmm ……..

Terdapat juga bahwa Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi dari presiden KDEB Datuk Abdul Karim Munisar, tetapi difahamkan beliau sedang menghadiri satu mesyuarat lembaga pengarah dan kemungkinan mengambil masa yang panjang.

‘… mesyuarat yang kemungkinan mengambil masa yang panjang …?’ Memang ;-)

Nah Pak Cik, Ezam dah sebut hal saperti itu yang menyebabkan beliau menyertai UMNO ;-) .

Aiyoyo Pak Cik, Ezam juga mendakwa kerajaan Selangor telah menyalahgunaan kuasa dengan menggunakan kepala surat kerajaan negeri untuk mendapatkan dana yang kemudiannya disalurkan kepada PKR dan individu tertentu.

Oh? Siapakah individu tertentu ni? Boleh Pak Cik kongsi maklumat tersebut?

Tetapi mungkin Ezam salah sedikit liao, oleh karena sebenarnya bukan kerajaan Selangor yang terlibat dalam hal wang dana tersebut tetapi hanya parti PKR cabang Selangor, kan?

Saya berpendapat mungkin Ezam terlampau keras bila beliau katakan: “Ia merupakan satu jenayah. Satu jenayah tidak boleh dimaafkan hanya dengan pengakuan dan komitmen untuk memulangkan balik wang tersebut.”

“Proses undang-undang harus berjalan terus dan sehingga siasatan dan dakwaan dibuat.”

Saya merasa ‘terlampau keras’ karena saudari saudara* akrab saya, kittykat 46 yang saya sangat kasehi, dah sebut dengan penuh yakin bahwa ‘proses undang undang’ tidak perlu untuk kelakuan/tindakan Towkay de facto jikalau rakyat tidak mahu AAB terus menjadi PM ;-) walaupun saya masih tidak dapat menentukan apa perbezaan politik berada diantara AAB dan Anwar.

* typo

Apakah tanggapan Pak Cik?

Saperti saya katakan di surat saya kepada Pak Cik sebelum ini, Pakatan Rakyat lebih beruntung jika nama gabungan parti parti politik ini ditukar menjadi ‘Kongsi Rakyat’, yang mana kita dapat memanfaatkan perkataan ‘kongsi’ wakakakakakakakaka

.


  1. Nostradamus Quatrains on Malaysie

    In the year of the great games started by the greeks
    Hosted by the nation of heavenly emperors of times before
    In a land called Malaysie
    Great turbulence and strife engulf

    A land where a Genghis Khan’s Descendant was shred to bits
    Blown by the winds to the heavenly clouds
    Where the accused are finally crowned
    Amid great trepidation and acrimony

    Then arose among men of honor
    A man of the faith of Mohammedans
    Kings and Rulers let him reign
    And a new nation was born

    Great leaders bring forth divination and revelations
    A land of many tribes divided was thus united
    The color of men was blurred and lost
    By great competition to give their best

    Herein lies the destiny of men
    Who showed the meaning of democracy and humanity
    Religions and languages flourishes as times before
    A land as peaceful as Shangri La

    Malaysie, a stopping point of travelers must see
    Back to the days of great Sultans and Rajas
    Nations and men afar come to seek their wealth
    Knowledge, trade and life flourishes as before

    From: Patek1472.wordpress.com

  2. Jamaludin mdisa

    orang politik memang macam itulah di mana-mana pun.Berhati-hatilah kita bila berhadapan dengan mereka




Leave a Comment