Pikir-pikirkan UMNO tentang si Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA!
September 3, 2008 in Berita Hangat, Jenaka, Kebodohan umum, Malaysia, Malu, Pendedahan, Politikus, Skandal
Tags: Barisan Nasional, Chua Soi Lek, cina, DAP, kementerian kesihatan, laporan audit 2007, Malaysia, MCA, Pakatan Rakyat, PKR, UMNO, youtube
.
Tak tahulah saya, tentang tahap minda dan pegangan moral ahli-ahli delegasi MCA yang bakal akan memilih Presiden barunya pada pilihanraya partinya di bulan Oktober ini.
Ada kedengaran suara member-member MCA yang menjerit mempromosikan Chua Soi Lek sebagai calon Presiden; melolong memutar-belitkan fakta yang tidak boleh dipertikaikan: bahawa si Chua Soi Lek ini sudah ditangkap basah, pameran susuk badan dan aksi ranjangnya sudah di YouTube merata dunia.
Saya menggaru kepala yang dah nak botak ini. Bilakah Chua Soi Lek ini seorang victim? CSL ini seorang yang terror, dia tidak takut memijak jari kaki orang lain. Sebagai seorang politikus, dia tidak malu-malu atau melarikan diri dari peluang publisiti murahan.
Adakah kamu terbaca laporan Audit Negara 2007? Laporan ini ada mengaudit Kementerian Kesihatan yang diterajui oleh Chua Soi Lek dari 2004-2007.
Marah saya selepas membaca laporan menegur kebolehan CSI Kementerian Kesihatan di bawah kawan kita ini. Rasanya nyawa kita ini seperti dipandang remeh – mana ada kementerian yang ambil masa lebih dari 100 hari untuk membuat analisa ke atas makanan atau ubatan yang disangsikan keselamatannya ke atas kesihatan para marhean? Oi! Barang makanan dan ubatan itu mungkin sudah dihadam dalam perut tubuh beribu-ribu manusia sementara menunggu penganalisaan yang lambat macam kura-kura. Membahayakan kesihatan kita, sakit!
Inikah hadiah yang diwasiatkan oleh Chua Soi Lek kepada kita? Mungkin beliau terlalu sibuk melayan kawan-kawan peribadinya yang menghalangnya daripada menjalankan tanggungjawabnya sebagai salah seorang pemimpin berwibawa.
Ada seorang kawan merujukkan saya kepada blog si Bananachinese yang menulis cerita lucu sekiranya Chua Soi Lek menjadi Presiden MCA. Baca dan ketawa ‘Can MCA members look up to a fornicator President?‘ atau klik di sini.
Bagi saya, persoalan yang paling penting bagi si MCA sebagai adik saudara kepada UMNO ialah adakan UMNO akan merestui si Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA untuk duduk bersebelahan, sebaris dengan para pemimpin UMNO di Barisan Nasional?
Adakah UMNO boleh menerima seorang yang telah melakukan tugasannya dengan lalai dan tertangkap basah?
Apakah alasan yang boleh dikemukakan oleh UMNO sekiranya Pakatan Rakyat menggunakan bantal yang disorongkan (aka Chua Soi Lek) untuk suka-suka menjolok dan cucuk luka-luka moral dan Islam Hadhari UMNO?
Pikir-pikirkan, UMNO!
.
-
Komen terbaru
khairul pada Apa karut GAPENA dalam Ma… giler2 Malay _ Sia pada Najib Abdul Razak dituduh bers… masammanis pada Apa karut GAPENA dalam Ma… awang sufi pada Apa karut GAPENA dalam Ma… johan Nor bin Johan pada Apa karut GAPENA dalam Ma… -
Top Clicks
- Tiada
Gugusan Kategori
Arkib
Meta
Masammanis’s Weblog- Sebut I love u 7 kali sehari dan heal the world
- Belajar dari komunis
- Tiada kata secantik bahasa, Yang Berhormat
- Minum pagi: Sensitif di Perak
- Mengapa menyepi…
- Ekonomi, ekonomi, ekonomi… No more bersantai
- Bab 3: Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta’zir
- Ketua-ketua Liga Arab marah kat Hamas?
- Kesian Gapena…
- Apa karut GAPENA dalam Malaysiakini?
Laman
Blogroll
-
Flickr Photos



More Photos -
Blog Stats
- 5,046 hits
September 13, 2008 at 4:12 pm
Alah, lagi kan Najib yang penuh dengan skandal itu pun tidak gentar. Haha.