.
Kesian Bahasa Malaysia…
Macam mana hendak diperkasakan penggunaannya dalam Sains dan Matematik? Ini semua angkara kelembaban pihak yang bertanggungjawab membuat penterjemahan dari Inggeris ke BM.
Di Jepun, Korea, penterjemahnya begitu cepat bagai lipas kudung menyempurnakan tanggungjawabnya terjemah dari Inggeris ke bahasa nasional masing-masing. Hasilnya, negara mereka telah dapat melonjak maju dan gah penguasaan teknologinya.
Masalah sekarang di Malaysia, terlalu banyak perkataan yang perlu diterjemahkan tidak dapat disempurnakan. Nyata sekali Malaysia tidak mampu menghasilkan terjemahan yang cepat dan jitu.
Macam ini, baik kita guna sahaja Bahasa Inggeris bagi anak-anak kita menimba ilmu kejayaan. Jangan tunggu penterjemah yang terlalu slow, sudah terlalu ramai dari kitakan sudah tunggu begitu lama sekali. Anak-anak kita tidak boleh slow lagi, zaman sekarang yang begitu mencabar kebolehan berkompetitif tidak membenarkan kita bercatur politik! Anak-anak kita perlu dibekalkan dengan ilmu dan segala macam bahasa sains, matematik dan ekonomi, dll supaya masa depan mereka terjamin!
Saya terbaca di Malaysiakini berita mengenai hasrat kononya GAPENA ingin mempertahankan martabat Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia?). Apa sebenarnya yang ingin dicapai oleh GAPENA?
Jika GAPENA berniat murni untuk memartabatkan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia?), mungkin sejak dari dahulu lagi GAPENA sudah turut bersama mencari penyelesaian terhadap masaalah penterjemahan ini.
Saya berasa sangsi terhadap keikhlasan GAPENA kerana bantahan retoriknya tidak ubah semacam ahli politik melalak: tiada memberi idea yang mantap, tidak memberi jalan penyelesaian terhadap permasaalahan dan membuang masa.
Jangan pakai ringan lidah saja macam parti politik! Sesiapa yang suka berpolitik sememangnya suka senang berucap dan terbawa-bawa membuat sesuatu yang membazirkan masa, suka membantah demi membantah dan melengahkan jalan penyelesaian.
Baca rencana berikut dan pikir-pikirkan:
…
Tingkatkan bantahan, perjuangkan Bahasa Melayu! – Pemuda PAS
Harakahdaily
Wed | Dec 24, 08 | 12:57:17 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pihak Gabungan Penulis Nasional (Gapena) khususnya Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein selaku Ketua 1 Gapena yang akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik.
.



Disember 27, 2008 at 7:53 pm
dulu kamu beria-ia menyokong, sekarang serahlah kepada kamu untuk cari jalan supaya dikembalikan kepada bahasa melayu. hanya al quran sahaja yang tidak boleh diubah diatas dunian ini.
pemerintah diktator dah hilang, cari jalan untuk kembalikan keceriaan bahasa kita. negara negra sprt. jepun, korea tak pernah daulatkan bi, tetapi rakyat dia berjaya. kita malaysia oun harus daulatkan bm, rakyat oun insyaalah berjaya.
tengok orang dulu dulu dalam malaysia ni cukup berjaya walaupun tidak menjunjung bi.
Januari 4, 2009 at 11:15 am
Tunggu tindakan penterjemahan negara. Terbukti fungsi bidang terjemahan gagal menyelesaikan isu ini. Sejak sekitar 70-an lagi isu buku dalam bahasa Melayu gagal diatasi di perpustakaan-perpustakaan institusi pengajian tinggi. Sikap tidak apa ini bermula di peringkat atasan tetapi sering dituding kepada orang bawahan. Berubahlah.
Januari 11, 2009 at 1:23 am
Saudara Johan, sila hayati apa yang ditulis oleh saudara Awang sebelum mu supaya mu sedar sebab sebenar kita terpaksa berubah pakai BI.
Memakai BI untuk kejayaan anak-anak kita di zaman teknologi tidak sama dengan keceriaan BM.
Mei 18, 2009 at 11:33 am
aku sokong belajar sains & math dlm BI sbb buku2 ni susah nk dapat kt library kita yg dh di alih bahasa kan… kalau kita guna BI, senang nk cari dan buat rujukan… kan dh jimat masa!!! baru laa malaysia bleh maju dgn cepat,
kita selalu bandingkan dgn korea, jepun, france, depa bleh berjaya tanpa guna BI pun… aku nk tanya laa… teknologi apa yg malaysia ada??? dan teknologi aper plak yg korea, jepun & france ni ader, kita pun blajar & tiru dgn depa
kpd org2 yg agung2kan bahasa melayu… dan pd saper2 yg berkenaan, aku ada 1 soklan??????????????????
belajar BI ni bleh hilang “sifat kemelayuan” ker????? mcm maner plak dgn anak2 muda yg duk dengar lagu2 BI ( punk, skinhead, metal, black metal mcm2 lg laaa…)
BUKAK MATA DAN PANDANGLAH…