Tolong jangan melibatkan DS Najib mencemar nama BN: Tiong King Sing dari Kuala Dimensi dan PKFZ
Ogos 21, 2009 in Berita Hangat, Bodoh, Kebodohan umum, Malaysia, Malu, Pendedahan, Politikus, Skandal
Tags: UMNO, BN, Barisan Nasional, MCA, rasuah, Chua Soi Lek, seks, Ong Tee Keat, wang, video, PKFZ, SPRM, DS Najib Razak, 1Malaysia, Tiong King Sing, parlimen, Bintulu, PKA, Port Klang Authority, Kuala Dimensi Sdn Bhd, KDSB, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
.
Perlu dibuktikan tiada salah laku pada pihak Encik Tiong King Sing (ahli parlimen Bintulu) selaku CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dilapurkan oleh jawatankuasa kerja Port Klang Authority (PKA) ada unsur-unsur rasuah olehnya dalam projek PKFZ di Port Klang sehingga berbilion wang rakyat.
Dalam sidang media hari semalam, Encik Ong Tee Keat (MCA) telah menunaikan janjinya bagi untuk mendakwa Tiong kerana memfitnahnya menerima sumbangan derma $10 juta tunai dari Tiong.
Diharap Encik Tiong juga membuat kenyataan tulus perihal harta berlambak yang dikatakan membolehkan beliau:
1. ‘menaja’ ahli-ahli politikus ke luar negara
2. ‘menaja’ aktiviti-aktiviti parti SPDP
3. ‘menaja’ ahli MCA yang diura-urakan termasuk Encik Chua Soi Lek (video seks) untuk menggulingkan Encik Ong yang enggan menghentikan siasatan ke atas KDSB.
Sebagai ahli BN yang setia, tidak payahlah Encik Tiong melibatkan nama Perdana Menteri Najib Razak dalam usahanya untuk menangkis perhatian rakyat dari peranannya dalam kerugian projek terbesar negara.
Kelakuan Encik Tiong yang membuat dakwaan bermacam-macam (perlu dibuktikan di mahkamah) untuk menangkis penyiasatan penyelewengan wang PKFZ dari syarikat KDSB yang berlaku sebelum zaman Encik Ong sebagai menteri adalah gejala buruk siku yang teramat sekali.
Usah merakyatkan masaalah peribadi mu, Encik Tiong. Perbuatanmu mengheret dan mendiamkan orang yang cuba membongkarkan salahlaku dan penyelewengan PKFZ boleh dianggap mengkhianat negara.
Lihatlah, demi negara, sampai Encik Lim Kit Siang pembangkang veteran terkuat DAP pun memberikan sokongan kuat kepada usaha pembersihan isu PKFZ.
Semoga Barisan Nasional di bawah kepimpinan DS Najib Razak akan berjaya mencuci bersih BN dari gejala-gejala yang tidak menguntungkan rakyat jelata 1Malaysia. Leadership by example please, UMNO.
-
Komen terbaru
-
Top Clicks
- Tiada
Gugusan Kategori
Arkib
Meta
Masammanis's Weblog- Return of Ong Dynasty to MCA: The brothers political empire
- MCA: Pandai lebih Tengku Adnan dari 1Malaysia
- Pilih satu: Perwakilan MCA suara rakyat komuniti Cina atau suara kepompong MCA?
- Turning Point untuk MCA
- Keputusan memecat Dr. Chua Soi Lek tepat sekali
- Kempen selamatkan parti dari inisiatif pembongkaran isu PKFZ?
- Tolong jangan melibatkan DS Najib mencemar nama BN: Tiong King Sing dari Kuala Dimensi dan PKFZ
- Cuci rumah MCA. UMNO bila?
- Lim Kit Siang melalak, Khalid Ibrahim tidak
- Sebut I love u 7 kali sehari dan heal the world
Laman
Blogroll
-
Flickr Photos



More Photos -
Blog Stats
- 6,066 hits
No Comments Yet