Jom ke pesta ria My Secret Gallery… Duniaku, Duniamu

Tinggalkan komen

Mai bawak anak-anak bermain, bergambar dengan seni 3D sambil bersantai di pesta ria keluarga pada 7-10 November ini.

Bertempat di Plaza Dataran Merdeka (bawah tanah aje Dataran Merdeka), simanja berpeluang bermain atas katil yang sangat cute yang diimpot (RM6,000) dan alat2 permainan yang terbaru di pasaran. Boleh menang set katil cute ini jika memasuki peraduan photo/video.

Pestaria My Secret Gallery... Duniaku, Duniamu

Bagaimana nak menang set katil yang cute ini untuk simanja? Senang aje, beraksi, tangkap gambar/video dengan smartfon/kamera di pesta ria. Pos ke Facebook penganjur di sini . Like.

Yang suka Nemo, Angry Bird, anda pasti suka ini.

Dapatkan tiket online di sini.

Jumpa di sana!!!!

Tanda pilihanraya

Tinggalkan komen

“Bahtera harta dibahagi-bahagi, tanda pilihan raya di tepi jeti.”

tweet bertarikh 24 Disember 2012 dari

A Samad Said

@asamadsaid

10 perkara yang tidak boleh dikongsikan di Facebook

Tinggalkan komen

Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.

Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang.

Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti. Ini ada 10 Perkara Yang Tidak Boleh Dikongsikan Di Facebook

1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.

2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”

4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.

8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.

9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi.

Jadi sentiasalah berhati-hati dengan segala apa yang dikongsikan di Facebook mahupun di rangkaian sosial yang lain. Ingat! jenayah siber tidak mengenali sesiapa sahaja. Jadi berwaspadalah, kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda supaya tiada yang menjadi mangsa.

Dipetik dari: http://www.radioinformasi.com

Calon PRU13: Yang mana satu pilihan daku?

Tinggalkan komen

Yang mana satu…. idaman kalbu….? (lagu best dari P.Ramlee)

 

Bersih 3 Sexy dan Semut

Tinggalkan komen

Selepas dudukbantah pada 28 April 2012, mari kita lihatbantah banyak gambar-gambar dari aktiviti Bersih 3.0….

Linknya di sini http://bersih3.s3-website-ap-southeast-1.amazonaws.com/

Ada 2 gambar yang paling tak tahu nak percaya atau tidak kesahihannya ialah:

1. Bersih sexy

2. Bersih semut

You think the gambar-gambar di atas are real ke?

 

Percayakah anda terhadap laporan audit negara?

Tinggalkan komen

.

Tahukah anda bagaimanakah kebebasan Ketua Audit Negara dikekalkan?

Ketua Audit Negara dilantik dan bertanggungjawab kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, kebebasan Ketua Audit Negara diperjelaskan di dalam Seksyen 7, Akta Audit berkaitan dengan kuasa-kuasa Ketua Audit Negara seperti yang dinyatakan di atas.

Maka, percayakah anda terhadap laporan Ketua Audit Negara terbaru ini yang telah mendedahkan kelemahan sistem, projek/agensi/GLC kerajaan yang kelam-kabut/gagal mencapai objektif, membelanjakan wang rakyat dengan ‘accountablity’ yang remeh, perbelanjaan yang mencurigakan

Tahukah anda apakah tanggungjawab Ketua Audit Negara?

Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menggariskan tanggungjawab Ketua Audit Negara untuk mengaudit Akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Awam Lain dan Badan-badan yang ditentukan dengan perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Apakah kuasa Ketua Audit Negara?

Ketua Audit Negara berkuasa penuh untuk mendapatkan segala maklumat dan keterangan serta penjelasan dalam menjalankan kewajipannya. Beliau berhak memeriksa semua dokumen dan boleh meminta individu tertentu memberi keterangan secara bersumpah serta memberi kuasa kepada mana-mana individu menjalankan penyiasatan dan pemeriksaan bagi pihak beliau. Di samping itu, Ketua Audit Negara juga boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan bagi menjalankan tugasnya. Segala keterangan dan maklumat yang didapati oleh Ketua Audit Negara berkaitan dengan kewajipannya adalah rahsia.

Apakah skop pengauditan yang dijalankan?

Pengauditan Penyata Kewangan – untuk mengesahkan penyata kewangan tahunan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi Kerajaan bagi memenuhi keperluan undang-undang dan standard perakaunan. Melalui pengauditan ini Ketua Audit Negara akan memberi pendapat sama ada penyata yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.

Pengauditan Pematuhan – untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.

Pengauditan Prestasi – untuk menilai sama ada sesuatu program/ aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Baca Laporan Ketua Audit Negara dan buat rumusan anda sebelum anda melaporkan diri untuk mengundi calon dari parti-parti politik di PRU 13 akan datang.

MCA mau rundingan baru dengan UMNO

Tinggalkan komen

Menurut petikan ucapan Chua Soi Lek pada AGM MCA yang telah dianjurkan pada 2 Oktober 2011 lalu,

“Lima puluh empat tahun yang lalu, pemimpin-pemimpin dari dua buah parti politik iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock telah duduk semeja dengan Tun Sambanthan dari MIC untuk merangka satu persetujuan yang menjanjikan para penduduk pelbagai kaum di negara ini hidup secara aman dalam sebuah Malaya yang merdeka.”

“Hari ini, rakyat memerlukan satu lagi PENDEKATAN BARU, pendekatan untuk masa depan.”

Saya selalu mengambil perhatian apabila segolongan individu-individu mendakwa bahawa mereka mewakili kepentingan masyarakat tertentu.

Terutama sekali apabila mereka menyatakan mahu menuntut rundingan baru.

Terutama sekali apabila mereka mahu berunding untuk mendapatkan kelebihan ekonomi dan politik.

Dan terutama sekali apabila mereka masuk berunding dan berjaya mendapat kelebihan … untuk geng mereka.

Tanpa disedari orang ramai, namabaik masyarakat semena-mena dipergunakan untuk mendapatkan terma-terma yang terbaik bagi keuntungan segelintir kroni-kroni sahaja.

Para pengundi-pengundi, tolong celik mata.

Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.