*

A. Kadir Jasin menulis di blognya tentang sikap pembesar-pembesar UMNO:

“Pertama ia menunjukkan yang sindrom menidakkan (denial syndrome) masih menular dalam jiwa sesetengah para pembesar Umno walaupun pengundi telah menjatuhkan hukuman yang berat ke atas mereka pada 8 Mac lalu.

Kedua ia menunjukkan betapa mudahnya pihak-pihak tertentu dalam Umno memperkotak-katikkan pendapat umum demi menjaga kepentingan peribadi mereka.

Ketiga kepentingan segelintir peneraju mengatasi kepentingan jutaan ahli Umno.

Dan keempat mereka tidak teragak-agak memperolok-olokkan sentimen ahli akar umbi parti.

Semua ini adalah perbuatan dan tindak tanduk yang sangat berbahaya kepada kelangsungan – survival — Umno.

Alhamdulillah, tidak semua pembesar Umno hilang akal dan tenggelam punca.”

.

Tidak ramai rakyat Malaysia yang mahu menuntut pertanggungjawaban ‘pembesar’ dalam sifat ori yang telah dipraktikkan di puncak kegemilangan kesultanan Melaka.

Tun Seri Lanang mungkin cuba memberi petunjuk kepada para rakyat jelata agar sentiasa membuka mata memeriksa kembali ‘kerelevanan’ dan peranan sebenar para pembesar-pembesar.

Cerita-cerita melalui penulisan ‘Sejarah Melayu’ menyampaikan banyak mesej-mesej kepada rakyat jelata cara-cara pemantauan dan sebab-sebab penolakan pembesar-pembesar rakus yang tidak semena-mena menjadi musuh dalam selimut yang menjadi sumber kehancuran kepada kerajaan Melaka.

Sepatutnya pembesar-pembesar zaman kini yang kebanyakannya telah mempunyai ijazah-ijazah universiti sudah tahu, faham dan belajar dari kejatuhan kerajaan Melaka. Malangnya kini, hanya KERIS yang menjadi perhatian kepada pembesar-pembesar UMNO, bukan pengajarannya.

PRU12 telah menunjukkan kepada kerajaan bagaimana rakyat menolak semangat dan sikap pembesar-pembesar telah jauh menular dari yang ori. Pembesar yang ori (mari kita guna benchmark yang termasyhur – Tun Perak), hanya harus menjalankan yang terbaik dengan tanggungjawab yang simple sahaja:

Mengendalikan hal-hal negeri dengan berpandukan undang-undang dengan restu baginda sultan; kewajiban tugasan utama termasuk mentadbir secara sistematik dan terkawal perbendaharaan, dasar-dasar dan operasi dagangan dan sebagainya semata-mata demi kesejahteraan rakyat jelata.

Itu saja perananmu, UMNO.

Dan itu saja peranan kita, rakyat Malaysia.