*

Ini yang buat kulit kepala I yang tak gatal menjadi tersangat gatal. Ni, ekstrak dari racun yang menyengat otak ku:

The writing on the wall is that the Chinese want their leaders to change with the times or they will put the other side in power…

It was full house at Sin Chew Daily’s post election forum recently and the Chinese paper’s executive director Rita Sim who was in the audience was riveted by how the crowd applauded each time the speakers said something critical about issues like corruption or abuse of power…

The sentiments that led to the massive Chinese vote swing are well known by now. “The more mature generation vented their frustration against political arrogance, corruption and inefficiency in government.”…

At one level, the Chinese vote was to punish Umno and as a protest against the wrongdoing they see around them. “THE CHINESE ARE NOT ANGRY WITH THE MALAYS BUT THEY ARE ANGRY WITH UMNO’S ARROGANCE,” she said. At another level, it was a generational shift of younger voters who do not share the historical baggage of their parents’ generation…

A great deal of the soul searching among the Chinese parties has been about coming to terms with the community’s expectations of their leaders…
.

Yang ku difahamkan, Rita Sim ini juga adalah Naib Pengerusi dalam think tank MCA yang bergelar INSAP. Kalau kita baca artikel ini, mesej yang diterima oleh pembaca ialah INSAP telah gagal. Gagal segagalnya sebagai think tank utama Presiden MCA Ong Ka Ting (OKT).

Jikalau betul MCA mengamalkan nilai-nilai murni (9 point party platform) dan mempraktikkan prinsip management yang unggul, ini bermakna OKT kenalah mengambil langkah yang wajar untuk menyelamatkan MCA: PECAT ahli INSAP. Ganti dengan ahli think tank yang baru.

Kini bukan masa untuk terikat dengan emosi. Kemudaratan MCA sudah terlalu serious – akibat nasihat, idea dan aktiviti-aktiviti yang diilhamkan dari penasihat dan kakitangan INSAP yang menyimpangkan MCA kecundang jauh dari kehendak politik dan suara komunitinya. MCA terlebih fokus tenaganya membuat program-program yang berbau perniagaan. Ini sudah menyimpang jauh dari “raison d’etre” sebuah parti politik.

Bilamana MCA sudah kalah teruk, INSAP melalui berbagai media cuba menyelamatkan kedudukannya dengan alasan: “UMNO penyebab kekalahan MCA.” Kenyataan yang memalukan ini tidak dapat diterima sepenuhnya oleh mereka yang prihatin politik.

Sebagai sebuah parti politik yang berwibawa, MCA sepatutnya bertanggungjawab penuh ke atas repot kadnya.

Kini masanya rakyat memerhati dengan terperinci: berdayakah MCA membuat post mortem ke atas diri sendirinya dengan rasional bagaikan seorang pakar bedah yang berusaha keras membuang kanser dan sisanya daripada terus menular. Buang dan ganti dengan sel-sel sihat yang baru.

Amatlah tidak professional bagi MCA melarikan dirinya dari sebab-sebab sebenar punca kepincangan MCA dengan cara mengalihkan tanggungjawab kekalahan keseluruhannya kepada UMNO. OKT juga mesti mengambil peluang ini membuat keputusan berani membuang ahli-ahli yang telah menjadi kanser kepada MCA.

Kepada UMNO dan para pembesarnya (yang lama dan yang beria-ia), ini tidak bermakna kamu boleh terlepas tangan dari tanggungjawabmu sebagai parti utama BN yang menerajui kekalahan paling teruk dalam sejarah BN ini. Pesanan untuk MCA ni juga adalah untukmu. Sila periksa kembali keberhasilan think tank, advisor atau dajal-dajal mu.

Cerita kejatuhan MCA ini penuh dengan pengajaran berguna bagimu membuang kanser dari UMNO.