*

Projek moden penternakan babi di Selangor dijalankan secara bersih, selamat dan memenuhi piawaian kualiti alam sekitar, kata menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

“Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak,” katanya, mengulas kebimbangan orang ramai berhubung projek berjumlah RM100 juta di Kuala Langat.

“Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.”

Menurutnya lagi, projek tersebut telah diluluskan oleh pentadbiran BN bawah kepemimpin Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada 30 Januari, kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum lalu…

“(Langkah) ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa.

“Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar ‘one stop’ yang sama bagi penternakan (haiwan) yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih cekap dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor,” katanya.

Abdul Khalid menjawab, melalui kelulusan projek itu, Selangor berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan mengambil kira keharmonian hidup pelbagai kaum. (Malaysiakini)

Ku teringat kata-kata bernas si Tinta Perak:

Setiap Muslim diminta menjauhi babi, TETAPI BUKAN MENGHALANG ORANG YANG BUKAN ISLAM DARIPADA MELAKUKAN APA-APA TERHADAP BABI, kerana itu adalah HAK mereka, dan Islam tidak pernah sekali-kali menyuruh umatnya merampas hak orang yang bukan Islam.

Hiissshh… susah mau cakaplah kalau minda tak terbuka.

Alahai.
Shafie Mohd Salleh (wakil BN-UMNO Kuala Langat) kau kenalah rajin banyak – Pergilah educate your constituents! Sebelum itu, kau lihatlah dengan mata kau macam mana keadaan sesebuah ladang ternak yang moden. Belajar layari internet dan lihatlah (murah dan senang, tidak payah beli pakaj pelancongan mahal atau jauh-jauh).

Lihat
bagaimana orang Jepun yang rajin belajar sehingga canggih teknologinya sehingga pasar, ladang ternakan dsbnya, langsung tiada berbau dan bersih sebersihnya. “It is understood that Japan Luodong biological fermentation pig for the zero-emission technology is the most advanced international pig breeding technology, which the waste from pigs on the Nakdong fully fermented and microbial enzymes that degrade rapidly, assimilation, so as to achieve pig manure Zero emissions. Achieve genuine sense of the pig farm pollution zero emissions.”

Hiissshhhh…

.