*

Menurut Malaysiakini malam tadi 14 Januari di Kuala Lumpur:

Kira-kira 20,000 penyokong pembangkang, khususnya PKR, menyertai perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam ini walaupun polis tidak menyediakan permit.

Program yang digelar “Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat” dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Selepas muncul pada 9.15 malam, Anwar menyampaikan ceramah lebih satu jam sebelum polis mengeluarkan larangan.

Menurutnya, polis meminta program itu dihentikan kerana jumlah orang ramai semakin besar daripada jangkaan awal, kira-kira 10,000 orang.

Dalam ucapannya, Anwar berkata, tunggu dua minggu sebelum beliau mengumumkan sama ada akan bertanding atau tidak dalam satu pilihanraya kecil.

Sementara itu, ada juga mereka yang berpakaian cantik-cantik kerana menghadiri sesuatu majilis kenduri di sana. keh, keh, keh.

Begitulah, sebuah perhimpunan yang aman dan damai. Boleh tahan juga anggota polis kita, tiada membawa sebarang bahan semburan. Syabas, semua.