*

Begitulah yang diumumkan oleh PM Abdullah Ahmad Badawi pagi ini di majlis Dialog Integriti Nasional di Menara Integriti.

Penambahan pegawai anti- rasuah yang kini hanya lebih kurang 2000 kakitangannya merupakan berita yang baik untuk Malaysia. Memang perlu diperbanyakkan kakitangan ACA untuk memantau semua kes-kes atau khabar-khabar angin tentang si-anu atau si-ana yang dikatakan menelan berjuta-juta ringgit di sini-sana.

ACA juga akan melapur terus kepada Parlimen – ACA committee, bukan lagi kepada Jabatan Perdana Menteri.

Inilah yang ditunggu-tunggukan oleh rakyat Malaysia selama ini. ‘Action, not promises or talk only.’

Diharap ACA akan menjulung dan menjalankan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh supaya Malaysia dipandang sebagai sebuah negara yang selamat untuk pelabur dan peniaga asing yang mementingkan suasana perniagaan yang bebas dari korupsi sebelum membuat keputusan menanamkan pelaburan dana yang besar di sesebuah negara.

Kita pantau di akhir tahun ini bagaimana ACA bangun memartabatkan Malaysia sebagai negara yang bebas korupsi.

.