*

Adakah ini amaran kepada para blogger supaya dimestikan menulis isu-isu boring-boring dari sekarang ke?

.

Berita penuh berikut dari Malaysiakini.com :

Raja Petra Kamaruddin, pengendali blog Malaysia Today, akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di Jalan Duta esok atas tuduhan menghasut.

“Saya telah diarahkan supaya menyerah diri di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada jam 9.30 pagi esok…untuk diakwa atas tuduhan menghasut,” katanya malam ini.

raja petra police questioning 020508Jumaat lalu, Raja Petra dipanggil memberi kenyataan kepada polis berhubung artikel dalam blognya, Malaysia Today dua minggu lalu berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk ‘Let’s send the Altantuya murderers to hell’ dalam blognya, Malaysia Today. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu.

Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Perbicaraan kes pembunuhan Altantunya sedang berjalan di Shah Alam.

Enggan beri kenyataan

Teman rapat Najib, penganalisa politik Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis telah didakwa membunuh wanita Mongolia itu.

Raja Petra enggan memberi kenyataannya kepada pihak polis kerana menurutnya, tidak mahu terbabit dengan “permainan politik mereka”.

Blogger berusia 58 tahun itu tidak sunyi dengan kontroversi. November lalu, beliau disoal siasat selama lapan jam selepas bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib membuat laporan polis terhadapnya.

Taib, yang juga ketua penerangan Umno dan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, mendakwa Raja Petra telah menyiarkan artikel yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Islam.

.