*

Pada pukul 12:35 tengahari ini di Alor Setar, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan dirinya keluar dari UMNO sebagai protes terhadap Perdana Menteri Dato’ Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga menjemput para ahli-ahli UMNO yang bersependapat dengannya keluar dari UMNO. Tetapi tidak untuk masuk parti politik lain.

Adakah kita akan melihat kebangkitan semula Semangat 46?  Atau Semangat 88?

Mari kita menonton tayangan perdana tarian silat yang seterusnya bersama ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional.

.