.

Nampaknya Ezam Mohd Nor telah menghantar pukulan pertama ke arah Anwar Ibrahim tetapi pukulan terbias dan secara tidak langsung telah menolong pentadbiran negeri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor dari kemungkinan terjelus ke dalam liang besar korupsi.

Alahai, BN dan PR masing-masing mempunyai kelemahan. Laporan Malaysiakini di sini:

kakakaka… ada blogger lain yang telah menulis apa yang aku nak post. Baik aku kongsi apa yang Ktemoc Konsiders… tulis ni…

Careful, BN dan PR, the Rakyat are watching you both!

.
Jalan Reban
Kampong Musang
Ayer Itam
Pulau Pinang
26 Jun 2008

Salam bahagia (dengan aiyoyo) Pak Cik Khalid,

Pak Cik dah baca artikel Malaysiakini yang bertajuk Keluarga Anwar kuasai syarikat S’gor?

Kalau belum, saya saran bahwa Pak Cik bacanya dengan segara.

Mengikut Ezam Mohd Nor, adalah seorang ahli keluarga Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai penasihat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), sebuah syarikat besar milik kerajaan Selangor.

Aiyah, saya pun suka jawatan macam itu – kaytee senang dengan memberi nasihat nasihat kepada sesiapa pun, tidak mengira diminta atau tidak😉

OK, di artikel Malaysiakini yang lain, ahli keluarga Anwar telah ditentukan sebagai adik kandungnya dan bukan adik de facto saja.

Aiyah, Pak Cik, mana boleh lah – bukan ini perlakuan cakap ta’serupa bikin ….. ooops, maafkan saya, dah lupa asal politik seseorang.

Walaupun, mengikut Malaysiakini, adik de jure Anwar telah meletakkan jawatan secara mengejut daripada KDEB semalam, bukankah tindakan ini bersifat reaktif, mengikut exposé oleh Ezam.

Kalau tidak diexposékan, hmmm ……..

Terdapat juga bahwa Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi dari presiden KDEB Datuk Abdul Karim Munisar, tetapi difahamkan beliau sedang menghadiri satu mesyuarat lembaga pengarah dan kemungkinan mengambil masa yang panjang.

‘… mesyuarat yang kemungkinan mengambil masa yang panjang …?’ Memang😉

Nah Pak Cik, Ezam dah sebut hal saperti itu yang menyebabkan beliau menyertai UMNO😉.

Aiyoyo Pak Cik, Ezam juga mendakwa kerajaan Selangor telah menyalahgunaan kuasa dengan menggunakan kepala surat kerajaan negeri untuk mendapatkan dana yang kemudiannya disalurkan kepada PKR dan individu tertentu.

Oh? Siapakah individu tertentu ni? Boleh Pak Cik kongsi maklumat tersebut?

Tetapi mungkin Ezam salah sedikit liao, oleh karena sebenarnya bukan kerajaan Selangor yang terlibat dalam hal wang dana tersebut tetapi hanya parti PKR cabang Selangor, kan?

Saya berpendapat mungkin Ezam terlampau keras bila beliau katakan: “Ia merupakan satu jenayah. Satu jenayah tidak boleh dimaafkan hanya dengan pengakuan dan komitmen untuk memulangkan balik wang tersebut.”

“Proses undang-undang harus berjalan terus dan sehingga siasatan dan dakwaan dibuat.”

Saya merasa ‘terlampau keras’ karena saudari saudara* akrab saya, kittykat 46 yang saya sangat kasehi, dah sebut dengan penuh yakin bahwa ‘proses undang undang’ tidak perlu untuk kelakuan/tindakan Towkay de facto jikalau rakyat tidak mahu AAB terus menjadi PM😉 walaupun saya masih tidak dapat menentukan apa perbezaan politik berada diantara AAB dan Anwar.

* typo

Apakah tanggapan Pak Cik?

Saperti saya katakan di surat saya kepada Pak Cik sebelum ini, Pakatan Rakyat lebih beruntung jika nama gabungan parti parti politik ini ditukar menjadi ‘Kongsi Rakyat’, yang mana kita dapat memanfaatkan perkataan ‘kongsi’ wakakakakakakakaka

.