*

Rancaknya lemparan tuduhan-tuduhan berselang-seli beberapa hari ini. Hari itu, Saiful melempar tuduhan ke atas diri Anwar Ibrahim. Hari ini, Anwar ada lemparan ke atas diri Najib. Alahai.

.

Menurut Malaysiakini:

“Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu – kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Abdullah Baginda.

Penyiasat persendirian itu, P Balasubramaniam hadir dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.

Dalam akuan berkanunnya, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada 2006, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman – yang turut diedarkan di sidang media tersebut tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.

Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan akan “menguruskan” kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya itu.”

.

Susahnya nak masuk Malaysia-Today dan Malaysiakini, nasib baik Mylivingwall ada pula menerbitkan cerita hangat ini. Baca di sini kenyataan media Anwar Ibrahim yang berlangsung pagi ini di pejabat PKR di Tropicana.

.

Oh, tentang si Saiful ini, ada orang menyangkal kenyataan yang dilaporkan di NST:

Saiful not even member of uni’s Islamic Club
Dzar-Abdullah Amir | Jul 3, 08 4:22pm

I refer to the News Straits Times report ‘Anwar accuser a ‘genuine guy dated July 2.

The report quoted a guy (Daniel) saying that Saiful Bukhari (the accuser in Anwar Ibrahim’s latest sodomy case) had been active in the university’s Islamic club.

On behalf of The University Tenaga Nasional (Uniten) Islamic Studies Society (PPI), I would like to deny this statement made by Daniel. This statement is clearly a false statement and I belief it has created a confusion among those who read it.

Saiful had never been a member of the university’s Islamic Club (PPI) and had never been actively involved in the club’s activity.

I have looked through the database of the club’s members and Saiful’s name is not there. I have also asked some of the former PPI’s leader to check whether Saiful had registered before.

The answer turned out to be ‘no”. Saiful had never registered as a member nor had been actively involved in the club.

This has created confusion among some people especially those who read it and those who had been in PPI.

We do not want them to get false information regarding what is happening in the country. Furthermore, it also affects the good name of the club by involving the club in a sodomy case.

I am not saying Saiful is not a ‘genuine guy’ or that this Daniel was telling lie. Perhaps there is some misunderstanding involved.

Thus, I urged those involved to make a statement correcting what has been told for the benefit of all.

The writer is president, Uniten Islamic Studies Society (PPI).

.

Sementara ini, Rakyat Malaysia masih dengan kebiasaannya menggunakan akal dan budi bicara yang mendalam dan tidak dibelenggu emosi yang keterlaluan, masing-masing kekal bertindak dengan tenang dan rasional sewaktu lanskap politik Malaysia dilanda todak. Seperti biasa, ahli-ahli politikus akan mengambil kesempatan untuk berkata-kata- kita pasti akan saring dengan berhati-hati biji-biji kata-kata dari mana-mana satu parti politik.

.