*

Saya terpegun seketika tatkala terbaca komentari ini dari seorang ahli seumur hidup MCA :

Faiths are those neglected 3rd liners, members who have the fire in their belly. They think as Malaysians, not ‘Chinese’ Malaysians. They are exposed to global ideas and understand the demands of shifting political, economics and social environment worldwide. These young men and women, below the age of 40, have been exposed to progressive systems and ethics through their working experiences with MNCs or GLCs. They speak Malay and English fluently, perhaps some Mandarin. They are aware of the conversations that is going on in the cyberspace and probably operates a blog or more. They have faith in the party’s constitution but lack faith in the unresponsive political style of party old guards. But most of all, Faiths hunger for a system of leadership progression. (Baca sepenuhnya dari sini )

Kenapalah dari UMNO atau PKR atau PAS tiada suara-suara sebegini di alam siber?

Dari UMNO, PKR, PAS serta laman-laman cybertroopers masing-masing, kita hanya terbaca artikel-artikel yang menghasut, mencaci, membebel sembarangan tetapi TIADA LANGSUNG cadangan polisi atau tampak kebolehan ‘leadership’ membuat sesuatu untuk mencapai politik ‘First World’.

Nampaknya, ramai lagi yang leka dalam kekangan minda Dunia Ketiga. Asyik tuduh-menuduh serta fail-menfail Akuan Berkanun sesama sendiri.

Ku menunggu suara-suara progresif ini yang tidak takut bekerjasama dengan/untuk semua rakyat Malaysia, serta mempertahankan kerakyatan mereka yang bukan dari kaum Melayu dari diancam oleh mereka yang masih berpegang kepada pandangan dunia yang sempit serta ekstremis.

Seperkara lagi, ku bukan nak mendengar dari suara-suara letih seperti Ezam, Khairy, dsbnya. Parti kau orang sudah ketandusan barisan pelapis yang berbakat progresif ke?

.