.

Eeeessshhh…

Terlalu banyak email yang di ‘forwarded’ yang tidak boleh dipercayai 100%.

Kawan saya ada forward suatu email yang bertajuk “Scam by KWSP” beberapa hari yang lalu. Isi kandungan email tersebut begitu menyakinkan kepada sipenerima.


Tapi, si Masammanis ini bukan orang sembarangan yang boleh dibuai prinsipnya terhadap kebenaran!


Maka, kita pergi bertanya kat KWSP.

Diharap info berikut dapat sedikit sebanyak membantu menyelamatkan marhean dari dibuai kegusaran akibat musibat sipengarang email yang tidak membuat kerjarumah langsung sebelum ‘mengforward’ berita yang tidak 100% jitu.

Tidak baik menambah kebimbangan sejagat. Di masa ekonomi yang tidak menentu kini, kita perlu berdiri tegak mencari kebenaran pada yang diharapkan dan jangan sekali-kali termakan ura-ura yang belum disahkan kebenarannya.

(Dengar tak, para ahli politik dari parti-parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat??)

.

**

Jawapan dari KWSP:

Akaun ahli KWSP hanya ada dua sahaja iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Simpanan dalam Akaun 1 khusus untuk pengeluaran persaraan dan simpanan dalam Akaun 2 pula khusus bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan seperti perumahan, pendidikan, kesihatan dsbnya.

2. Bagi Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan, ahli boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 mereka. Bagi tujuan ini, ahli perlu memilih jumlah amaun pengeluaran iaitu amaun bayaran bulanan (RM) dan tempoh bayaran bulanan serta memenuhi syarat-syarat lain bagi pengeluaran ini. Jumlah amaun pengeluaran yang telah ditentukan (earmarked) ini akan dipindahkan daripada Akaun 2 ke satu akaun khas yang dinamakan akaun bayaran bulanan bagi memudahkan urusan pembayaran. Bayaran akan dibuat secara pengkreditan terus daripada akaun ini kepada akaun bank ahli secara elektronik pada setiap bulan hingga habis tempoh.

3. Ahli boleh membatalkan atau menstruktur semula amaun atau tempoh masa bayaran bulanan selepas 1 tahun daripada tarikh pengeluaran dibuat. Ini bertujuan untuk memudahkan pentadbiran dan mengelakkan ahli sentiasa membatalkan/menstruktur semula bayaran bulanan mereka.

4. Simpanan dalam akaun bulanan ini masih dianggap sebagai simpanan ahli di KWSP. Oleh itu, simpanan yang dikeluarkan di bawah pengeluaran ini dan berada dalam akaun bulanan masih menerima dividen. Bagaimanapun, dividen bagi baki simpanan dalam akaun bulanan akan dikreditkan ke dalam Akaun 2 semula dan tidak dikreditkan ke dalam akaun bulanan. Ini kerana akaun bulanan hanya diwujudkan bagi memudahkan urusan pembayaran mengikut amaun dan tempoh yang telah ditetapkan oleh ahli. Dividen bagi tahun berkenaan akan dibayar selepas ianya diisytiharkan. Oleh itu, ahli tidak mengalami apa-apa kerugian dari segi bayaran dividen.

5. Pengeluaran ini baru dilaksanakan pada 1 Januari 2008, maka dividen bagi tahun 2008 hanya akan diisytiharkan pada awal tahun 2009. Oleh itu, maklumat mengenai dividen bagi simpanan yang dikeluarkan dan telah dipindahkan ke akaun bulanan hanya akan ditunjukkan dalam Akaun 2 ahli pada tahun 2009 iaitu selepas dividen diisytiharkan.

++++++++++

.

Berikut forwarded email yang tidak jitu itu:

.

Sent:Thursday, October 23, 2008 2:41 PM

Subject:SCAM by KWSP

This is another method for KWSP to steal our money!

Remember during Budget 2008 announcement last yr, our Finance Minister (cum PM) announced that in order to assist KWSP members to reduce the burden in housing load repayment, KWSP will allow monthly withdrawal from members’ A/C II for the purpose?

Sounds like a nice goodies!

When you apply for the monthly withdrawal, you only need to provide KWSP yr housing loan & instalment details
from yr bank and the bank a/c # you like KWSP to bank the monthly
withdrawal into it. KWSP will approve yr
application based on the available amt in yr A/C II and compute the withdrawal period by dividing the approved amt with the monthly instalment amt. Application process takes about a month and you will receive the monthly payout promptly into yr bank a/c!
Well everything appear to be nice and good. It was indeed a noble plan until you take to close look at yr KWSP Statement!

The withdrawal plan is actually a SCAM!

This is how the KWSP SCAM works…….

Assuming you have RM100,000 in yr A/C II and yr housing loan’s monthly instalment is RM2000/mth.
KWSP will approve yr application of withdrawal from yr A/C II of RM100,000 and pay you RM2000/mth for the next 50mths.
Everything appears to be in order BUT…….

What KWSP didn’t highlight to you is that when the application was approved, the TOTAL AMT (RM100,000) is removed from yr A/C II! It appears to be transfered to an unknown a/c to effect the monthly payment from therein.

The impact to the member are as follows :-
1. You just lost RM100,000 from yr A/C II. Assuming the KWSP Dividend is 5%, you will lose >RM4,000 in dividend during the 1st year. Based on the above example you will will lose >RM10,000 over the 50 mths period!

2. There is no statement to account for the amt approved vs amt paid, hence you would need to keep the monthly payment voucher to reconcile against the approved amt over the 50mths period to ensure there is no missing amt!

Assuming there are 100,000 members who innocently fell prey to this SCAM, based on the above example, KWSP would have cheated the members of 100,000 X RM10,000 = RM1,000,000,000 (that’s RM1 BILLION) over the period!

Furthermore, if you discovered this SCAM early and intend to stop the plan, KWSP would not allow any cancellation of the plan until at least 1 year. That would mean, once the application is approved, based on the above example, you would have lost >RM4,000.
100,000 members would have lost 100,000 X RM4,000 = RM400,000,000 (RM400 MILLION) in One Year!!!

If you’re a victim of this KWSP SCAM, would suggest you call yr MP to raise hell in Parliament! (BN MPs won’t do it)
For others who have not fallen into this SCAM, pls continue to watch out and alert yr family & friends about this.

HOW COULD THE GOVERNMENT ALLOW ITS AGENCY TASKED WITH SAFEGUARDING ITS CITIZEN’S HARD EARNED MONEY TO CHEAT ITS MEMBERS IN THIS MANNER???