*

Apa niat sebenar Chua Soi Lek dan Chew Mei Fun dari MCA cuba memberikan definisi unik kepada “ketuanan Melayu”?

Mungkin sebenarnya mereka berdua langsung tidak pernah memahami apa itu sebenarnya “ketuanan Melayu”.

Kesian…

Presiden MCA Ong Tee Keat mesti memulakan pembelajaran topik ini kepada semua wakil-wakilnya sebelum membenarkan mereka-mereka ini yang tidak memahami yang tersurat dan yang tersirat dari membuka mulut. Hentikan ahli-ahli MCA yang tidak pandai berbahasa kebangsaan dari membebel yang bukan-bukan dari otak yang berkecelaruan.

Walaubagaimanapun, saya memaafkan orang berdua yang bukan Melayu ini.

Sebab orang Melayu sendiri pun kelam-kabut tentang isi dan intipati “ketuanan Melayu’ tersebut sehinggakan mereka ingat kot mereka sendirilah si tuan. Dok pengsan jika didengar penjelasan dari si Pewaris atau Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang banyak mulut tetapi sikit kurang kebijaksanaannya dalam usaha memupuk kesefahaman rakyat Malaysia yang bukan Melayu.

Malunya….

Sebenarnya, belum terlambat kita memulakan langkah seribu kearah pembelajaran sepanjang hayat dan belajar dari mereka yang tahu apa sebenarnya makna “ketuanan Melayu”.

Daulat, Tuanku!

.

“Tanpa menghitung panjang lebar mengenai kuasa pentadbiran Inggeris, satu-satunya institusi tradisional yang mereka tidak berjaya menghapuskan ialah hak-hak keistimewaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Apa yang sebenarnya dianggap sebagai ketuanan Melayu itu ialah kedaulatan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu.

Ini adalah kerana institusi Raja atau kesultanan Melayu itu sentiasa rapat dengan psyche keMelayuan.

Hanya Raja kita yang boleh dianggap Tuan kepada semua warganegara Malaysia.

Selainnya kita adalah sama di sisi undang-undang. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan semua orang adalah sama di sisi undang-undang.

Berhadapan dengan peruntukan ini tidaklah wajar mana-mana orang mendakwa atau menuntut bahawa bangsanya adalah tuan kepada yang lain.

Kesultanan atau Raja Melayu yang menjadi tunggak dan simbol kuasa dan kerajaan yang berdaulat memang memungkinkan orang berani melaungkan ‘Ketuanan Melayu’.”

.

Baca selanjutnya dari mylivingwall.com