.

Kesian Bahasa Malaysia…

Macam mana hendak diperkasakan penggunaannya dalam Sains dan Matematik? Ini semua angkara kelembaban pihak yang bertanggungjawab membuat penterjemahan dari Inggeris ke BM.

Di Jepun, Korea, penterjemahnya begitu cepat bagai lipas kudung menyempurnakan tanggungjawabnya terjemah dari Inggeris ke bahasa nasional masing-masing. Hasilnya, negara mereka telah dapat melonjak maju dan gah penguasaan teknologinya.

Masalah sekarang di Malaysia, terlalu banyak perkataan yang perlu diterjemahkan tidak dapat disempurnakan. Nyata sekali Malaysia tidak mampu menghasilkan terjemahan yang cepat dan jitu.

Macam ini, baik kita guna sahaja Bahasa Inggeris bagi anak-anak kita menimba ilmu kejayaan. Jangan tunggu penterjemah yang terlalu slow, sudah terlalu ramai dari kitakan sudah tunggu begitu lama sekali. Anak-anak kita tidak boleh slow lagi, zaman sekarang yang begitu mencabar kebolehan berkompetitif tidak membenarkan kita bercatur politik! Anak-anak kita perlu dibekalkan dengan ilmu dan segala macam bahasa sains, matematik dan ekonomi, dll supaya masa depan mereka terjamin!

Saya terbaca di Malaysiakini berita mengenai hasrat kononya GAPENA ingin mempertahankan martabat Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia?).  Apa sebenarnya yang ingin dicapai oleh GAPENA?

Jika GAPENA berniat murni untuk memartabatkan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia?), mungkin sejak dari dahulu lagi GAPENA sudah turut bersama mencari penyelesaian terhadap masaalah penterjemahan ini.
Saya berasa sangsi terhadap keikhlasan GAPENA kerana bantahan retoriknya tidak ubah semacam ahli politik melalak: tiada memberi idea yang mantap, tidak memberi jalan penyelesaian terhadap permasaalahan dan membuang masa.

Jangan pakai ringan lidah saja macam parti politik! Sesiapa yang suka berpolitik sememangnya suka senang berucap dan terbawa-bawa membuat sesuatu yang membazirkan masa, suka membantah demi membantah dan melengahkan jalan penyelesaian.

Baca rencana berikut dan pikir-pikirkan:



Tingkatkan bantahan, perjuangkan Bahasa Melayu!
– Pemuda PAS
Harakahdaily
Wed | Dec 24, 08 | 12:57:17 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pihak Gabungan Penulis Nasional (Gapena) khususnya Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein selaku Ketua 1 Gapena yang akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik.

.