.

Di bawah saya terbitkan kembali satu komen tajam yang terbaca di suatu blog.

Saya agak ini reaksi ikhlas dari pakej rangsangan ekonomi RM60 billion yang dibentangkan oleh Najib Tun Razak di parlimen Dewan Rakyat baru-baru ini. The Star ada menyiarkan teks penuh.

Komen yang menusuk otak ini bukan sahaja wajar direnungi semata tetapi boleh ditimbangkan sebagai pengerak minda untuk kita mengharungi zaman kemelesetan ekonomi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia moden.

Saya tidak tahu perasaan pembaca-pembaca sekarang, tapi saya tiada lagi ada mood bersantai menunggu bala ekonomi begitu sahaja..

Tidak boleh melengah lagi… Sudah tiba masa untuk menggulung lengan baju, berganding bahu dengan semua kaum rakyat Malaysia dan bersama-sama mengharungi zaman susah keluarga Malaysia. Jangan asyik membuang masa dengan berpolitikus murahan sahaja!

Kita mesti berani berjaya mengharungi kemelut ekonomi ini sebagai satu Rakyat Malaysia!


Setelah lebih 50 tahun hidup bersama dengan warna-warna kepelbagaian budaya rakyat Malaysia, eloklah kita bersepakatan dengan keterbukaan ikhlas dengan semua kaum-kaum.

Saya sudah tidak menganggap kaum lain selain dari Melayu sebagai ‘pendatang’ lagi. Bagi saya, semua kaum yang telah bersama-sama berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu sudah berhak menanggalkan label sebagai pendatang dan kaum Melayu perlu mengakui realiti tersebut.

Kita kaum Melayu patut memulakan kembali langkah membimbing semua kaum bersama memahami perjuangan bersama sebagai rakyat Malaysia, terutamanya dalam mangharungi ekonomi yang dijangka akan menjadi lebih buruk lagi. Kita amat perlu berganding bahu bersama mengharungi dugaan ekonomi meleset yang tidak pernah dilihat dalam sejarah manusia.

Adakah apa-apa yang boleh kita buat bersama dengan kadar segera?