:0

Bayangkan seseorang insan politikus bernama Lim Kit Siang (DAP) mengucapkan ‘I LOVE U‘ kepada seseorang insan manusia Ong Tee Keat (MCA).😮 Tiap hari asyik marah saja, tiada kata-kata membina dari  Encik Lim untuk memberi rangsangan kepada Encik Ong agar dia meneruskan kerja dengan tulus memperbaiki pengurusan kerajaan di Kementerian Pengangkutan Jalan.

Kalau tidak bernasib baik, mungkin kamu juga ada mengenali sahabat sebegini yang hanya mampu maki, marah sebarangan tanpa sedikit pun kata-kata motivasi agar kita dapat menaikkan terus semangat untuk menjalani kehidupan yang berliku dan penuh cabaran ini. haishhh..

Apalah yang berlaku kepada usaha menjana kasih sayang sesama manusia sejagat dalam ekonomi glokal ini?

Marilah kita berusaha Heal The World seperti yang dimimpikan oleh Michael Jackson.

.

Saya baca satu artikel yang saya rasa ‘interesting’ sangat nak kongsi dengan kalian. Artikel ni saya baca dalam akhbar harian, pasai seminar Rumahku Syurgaku ‘Sanjungan Kasih Syurga di Hati’ yang dianjurkan oleh JAKIM. Ahli panel dalam seminar tu Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Aluwi Parman dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kesuma Jakim, Zawiah Hassan.

Menariknya mengenai seminar tersebut ialah mengenai hubungan suami isteri. Bila panel ada sebut bahawa Suami isteri perlu ucap I Love You sekurang-kurangnya tujuh kali sehari. Tujuannya supaya ikatan kasih sayang dan kemesraan antara suami isteri itu akan sentiasa segar, sejak dok mula kawin sampailah bila-bila.

Bila saya dok sembang benda ni dengan kawan-kawan, ada jugak kawan-kawan yang kata, bukan tak mau sebut I love u, takut karang bila kita sebut, isteri rasa pelik la pulak. Takut nanti isteri pi tanya kita balik, hang dah buang tebiat ka…tetiba je balik dok asyik sebut I love u, kat saya. Kalau segan nak sebut I luv u, kita sebut wu ai nie…

Betui jugakla isteri pelik, mungkin kita jarang sebut ayat tu, kena pulak kawin dah berpuluh tahun. Bukan kita tak sayang isteri, sayang tetap sayang macam dulu jugak. Apapun bila dok baca saranan-saranan panel tu, terasa la jugak kebenarannya. Sapa lagi nak jaga kemesraan hubungan antara suami isteri agar mesra berpanjangan, kalau bukan kita.

Sumber blog: http://pmr.penerangan.gov.my/chainmorad/