.

Biarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugas mereka….

Tidak payahlah bising sangat Lim Kit Siang (DAP) membazirkan masa blog bertajuk panjang berjela-jela tentang penyelewengan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Lagi banyak isu negara yang patut Lim Kit Siang menfokuskan tenaganya untuk berbakti kepada negara tercinta.

Tidak disangka-sangka, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) pula menonjolkan hemah yang meninggi dalam berpolitik, “Setakat ini belum ada bukti penyelewengan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).”

Janganlah kita malu-malu untuk belajar dari yang berstandard tinggi world class.

Dari Selangorkini berikutnya:

MB: Tiada Bukti Penyelewengan PKFZ

Wednesday, 08 July 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 8 Julai – Setakat ini belum ada bukti penyelewengan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun begitu, beliau berpendapat projek PKFZ perlu dihentikan secepat mungkin, jika mahu mengurangkan kerugian akibat ketidakcekapan pelaburan yang dibuat Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pada masa lalu.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pinjaman pembangunan kawasan seluas seribu ekar, membabitkan belanja 12 bilion ringgit itu, dilupuskan.

“Pada pandangan negeri Selangor, untuk membangunkan PKFZ sebanyak 1,000 ekar, dengan pelaburan yang sudah digunakan 12 billion adalah satu pelaburan yang sangat mahal. Kita tidak merasakan keuntungan boleh didapatkan dengan pelaburan yang sebegitu besar”, katanya.

Menurutnya, pulangan 10 peratus setahun yang dianggarkan daripada kos pembangunan 12 bilion itu adalah tidak munasabah, sebaliknya kerajaan negeri menganggarkan pelaburan sekitar 3 bilion ringgit sahaja.

“Kalau harganya 2 sampai 3 billion, maknanya dia kena write off the rest of that so the project is worthwhile, 3 billion maknanya u boleh dapat keuntungan lebih kurang 300 juta setahun atau 10 percent its look reasonable, boleh dicapai. Sebab saya kata terpulang kepada kerajaan persekutuan write off, kalau dia nak write off, maknanya boleh, sebab kerajaan persekutuan boleh write off dia punya losses dan reevaluate the investment, kalau dia 3 billion, which is reasonable, then bolehlah kita buat keuntungan”, ulas Abdul Khalid.

Sementara itu, Abdul Khalid difahamkan tanah projek PKFZ merupakan tanah milik kerajaan negeri Selangor yang diserahmilik kepada Koperasi Pembangunan Pulau Lumut untuk diusahakan dengan projek pertanian.

Namun, tanah tersebut dijual kepada orang tengah iaitu syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd tanpa melalui Pejabat Tanah Daerah, sebelum LPK membelinya bagi pembangunan projek PKFZ.

“Dia bukan jual tanah tu pada LPK, tapi dia jual tanah tu kepada Kuala Dimensi dan Kuala Dimensi pulak jual kepada LPK”, tambah Abdul Khalid lagi. – MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN