.

Terbaca tentang proses pembersihan rumah MCA.

Ramai kawan-kawan, bloggers yang ‘confuse’ dan terasa dianiayai (bagi pihak Chua Soi Lek, kot) mengenai isu Chua akan dipanggil oleh Badan Disiplin MCA untuk memberi penjelasan tentang salahlaku yang telah dipaparkan kepada umum melalui video seks.

Walaupun Chua tidak dihukum oleh partinya (diketuai oleh Chan Kong Choy yang bertanggungjawab untuk perkara disiplin parti pada tahun insiden tersebut pada 2008), Badan Disiplin MCA yang baru mahu menjalankan tugasannya dengan tegas menyebut semula kes-kes disiplin yang diadu terhadap beberapa ahli dari parti Cina tersebut.

Setitik nila yang paling ‘high profile’ di memori masyarakat sejak 2008 ini sudah biasa dijadikan bahan ketawa, cerca dan caci terhadap imej parti yang terdiri dari kaum Cina Malaysia.

Ada mereka yang sinis merumuskan bahawa ‘the spirit of Malaysia Boleh’ memang unik di dunia politik global kerana di seluruh dunia ahli politikus yang tertangkap dalam salahlaku seks langsung terbabas dari landasan kareer politiknya. Kareer ahli-ahli politikus dari negara maju seperti Amerika, Britain juga jatuh tersungkur setelah didedahkan terlibat dalam kegiatan seks di luar perkahwinan. Mereka tak boleh, Malaysia Boleh!!

Pada masa yang sama, Badan Disiplin MCA juga akan menangani lain-lain aduan-aduan, salahlaku dsbnya terhadap beberapa ahli-ahli lain dari parti Cina tersebut.

Pada pendapat saya, Badan Disiplin tersebut memang patut bertindak melaksanakan kewajibannya, agar mereka yang dituduh dapat menggunakan peluang tersebut untuk mempertahankan diri, serta memberikan suatu penyelesaian muktamad agar yang dituduh dapat meneruskan kareer mereka dengan lancar, bebas dari tuduhan meliar.

Chua Soi Lek harus menggunakan peluang ini berdepan dengan Badan Disiplin MCA. Jika kelakuan Chua didapati melanggar peraturan parti, patutlah menerima hukuman yang setimpal. Tetapi jika kelakuan Chua didapati tidak melanggar apa-apa peraturan parti, ini adalah peluang keemasan bagi Chua membersihkan dirinya dan meneruskan kareernya tanpa was-was sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional. BN juga tidak payah lemas jika Pakatan Rakyat menudingkan jari kepada Chua sebagai jalang.

Mereka yang tidak tahan dengan disiplin sesuatu parti, patut berundur diri untuk kesejahteraan, imej dan masa depan ahli-ahli parti. Mungkin ini juga suatu peluang yang cerah membuka jalan kepada ahli-ahli muda parti Cina untuk menyerlahkan kareer politik mereka tanpa halangan dari yang sudah tamat tempoh gunapakainya.

Nyata, sekarang MCA sedang mencuci rumahnya. Ini kerja bagus.

UMNO bila lagi?