.

Perlu dibuktikan tiada salah laku pada pihak Encik Tiong King Sing (ahli parlimen Bintulu) selaku CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dilapurkan oleh jawatankuasa kerja Port Klang Authority (PKA) ada unsur-unsur rasuah olehnya dalam projek PKFZ di Port Klang sehingga berbilion wang rakyat.

Dalam sidang media hari semalam, Encik Ong Tee Keat (MCA) telah menunaikan janjinya bagi untuk mendakwa Tiong kerana memfitnahnya menerima sumbangan derma $10 juta tunai dari Tiong.

Diharap Encik Tiong juga membuat kenyataan tulus perihal harta berlambak yang dikatakan membolehkan beliau:

1. ‘menaja’ ahli-ahli politikus ke luar negara

2. ‘menaja’ aktiviti-aktiviti parti SPDP

3. ‘menaja’ ahli MCA yang diura-urakan termasuk Encik Chua Soi Lek (video seks) untuk menggulingkan Encik Ong yang enggan menghentikan siasatan ke atas KDSB.

Sebagai ahli BN yang setia, tidak payahlah Encik Tiong melibatkan nama Perdana Menteri Najib Razak dalam usahanya untuk menangkis perhatian rakyat dari peranannya dalam kerugian projek terbesar negara.

Kelakuan Encik Tiong yang membuat dakwaan bermacam-macam (perlu dibuktikan di mahkamah) untuk menangkis penyiasatan penyelewengan wang PKFZ dari syarikat KDSB yang berlaku sebelum zaman Encik Ong sebagai menteri adalah gejala buruk siku yang teramat sekali.

Usah merakyatkan masaalah peribadi mu, Encik Tiong. Perbuatanmu mengheret dan mendiamkan orang yang cuba membongkarkan salahlaku dan penyelewengan PKFZ boleh dianggap mengkhianat negara.

Lihatlah, demi negara, sampai Encik Lim Kit Siang pembangkang veteran terkuat DAP pun memberikan sokongan kuat kepada usaha pembersihan isu PKFZ.

Semoga Barisan Nasional di bawah kepimpinan DS Najib Razak akan berjaya mencuci bersih BN dari gejala-gejala yang tidak menguntungkan rakyat jelata 1Malaysia. Leadership by example please, UMNO.