————————————-

1Malaysia tidak memahami betapa pentingnya ahli-ahli sesebuah pertubuhan memahami serta mematuhi perlembagaannya.
Contohnya, perlembagaan UMNO itu berbeza dari perlembagaan MCA, MIC, Gerakan. Tetapi jikalau ahli-ahli pertubuhan tersebut pun tidak mahir atau mahu mengetahui larangan-larangan perlembagaan pertubuhan tersebut, saya tidak boleh memarahi 1Malaysia jika diapun sama-sama kabur pemahamannya.

Sungguh memeranjatkan Tengku Adnan sedar kepentingan perlembagaan. Kakakakah, memang jitu dan patut dia dipilih menjadi Setiausaha Agung UMNO:

Barisan secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said MCA needed to resolve its crisis as soon as possible, adding that it would have a negative impact on Barisan.

He said MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat should heed the decision of the Oct 10 EGM where the delegates voted for a no-confidence resolution on the his leadership.

He said he was surprised that MCA was calling for another EGM.

“Why call for another EGM? I do not understand. Maybe I do not understand the Constitution,” he said when approached at the Umno general assembly.”

.

Tengku Adnan tampaknya pandai, lebih pandai dari ahli-ahli Jawatankuasa Pusat MCA yang kononnya dilabel sebagai pemimpin mewakili kaum Cina Malaysia.

Seluruh dunia kini mengikuti cerita kebodohan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat MCA.

Seluruh rakyat Malaysia kini tahu tentang kerakusan tindakan bak haiwan kumpulan ini untuk merampas kuasa puncak pimpinan MCA dari Presidennya untuk menjahamkan Ong Tee Keat sebelum dia membawa reformasi kepada MCA sebelum pasaran pengundinya mengecut besar pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Kedengaran suara ahli-ahli muda MCA yang diketepikan dari bersuara dalam MCA dan rasa meluat serta berludah tak berkahak terhadap perangai ketamakan bak anak-anak merampas harta sementara si bapa bergelut dengan krisis kesihatan.

Tiada moral langsung! Ahli Jawatankuasa Pusat MCA menunjukkan kelakuan yang tidak berakhlak!

.

Anak-anak dilarang mengikuti akhlak yang dibenci ini, jangan sekali-kali diajar mereka supaya bertindak menggulingkan mereka yang masih diterima oleh masyarakat umum atau mengenepikan suara rakyat yang masih sayang kepada pemimpin.

Sebuah nasihat ikhlas kepada anak-anak Malaysia sekalian:

Bersedialah menghafal dan memahami perlembagaan pertubuhan sebelum anda membabi buta membayar yuran menjadi ahli, ya. Kalau tidak, rosak hidung kamu ditarik ke kiri atau ke kanan oleh mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpinmu. Sakit dan memalukan.

.

Lagi bukti kebodohan pemimpin-pemimpin MCA yang tidak paham bagaimana untuk menghormati perlembagaan partinya dan melepaskan tangan setelah membuat keputusan kolektif:

But the central committee member who spoke to The Malaysian Insider claimed that the presidential council, of which he was also a member, had been railroaded into sacking Dr Chua.

He said many of the presidential council members had been uneasy with the decision to sack Dr Chua for bringing the party into disrepute because of his sex scandal in 2007. But they agreed out of respect for the president’s wishes. (kesimpulan: bodohnya ahli jawatankuasa tersebut, tidak tahu mengikuti tatacara perlembagaan dalam mencapai keputusan bagi parti!)

“Of course not. There was disagreement. But he went ahead with it. Now, he wants to bring everyone down with him. Why should we pay for his mistakes? (kesimpulan: bodohnya ahli jawatankuasa- sokong untuk sokong semata-mata sesuatu keputusan dan mahu melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Baling batu sembunyi tangan atau opportunist?)…

Under MCA’s constitution, a party president can only be removed by a vote from at least two-thirds of national delegates at an EGM. Ong lost last weekend’s vote by only 14 votes.”