#
Raja Petra Kamaruddin, dalam kenyataan tahun barunya bagi 2010 mencuit rakyat Malaysia dengan sebuah mesej melalui lagu ‘Talking about a revolution’. Lagu kontemporari folk ini dinyanyikan oleh penyanyi Tracy Chapman yang pernah memenangi anugerah Grammy Awards pada tahun 1989. Majalah Rolling Stone pula menobatkan albumnya pada tangga ke-10 dalam “100 Greatest Albums of the 80’s.”

Di sini, saya ingin memberikan petunjuk yang penting kepada mereka yang masih belum mantap pemahamannya tentang perkataan ‘revolution’ ini – ianya bukan sahaja bermakna ‘the overthrow of a government by those who are governed’.

Sebenarnya RPK tidak memberikan definisi yang sebenar-benarnya bagi ‘revolution’ – satu perkataan yang simple tetapi terlalu susah didalami oleh manusia.

Sesuatu tindakan itu jikalau hendak meninggalkan sesuatu titik makna dalam tamadun sejarah manusia, harus dimulai dari diri dalaman seseorang dahulu. Sesuatu pemikiran yang dicetuskan oleh naluri, yang melebihi tahap sikap automatik pergaulan harian. Ianya lebih mendalam dari bercakaran mengenai isu remeh-temeh seperti “bangsa saya lebih mempunyai hak dari mu”, “ugama ku lebih mulia dari ugama mu”, …

Menurut kamus Princeton:

Revolution is a drastic and far-reaching change in ways of thinking and behaving; eg: “the industrial revolution was also a cultural revolution”

Penjelasan yang begitu berlainan dari apa yang diperjuangkan oleh juara-juara cyber politikus, bukan? Mesej yang saya perolehi dari bacaan blog-blog marhean adalah umumnya untuk menentang atau menggulingkan seseorang, tetapi, kurang sekali gesaan ikhlas untuk membangkitkan pemikiran seseorang pembaca untuk ‘merevolusikan’ pemikiran dan gaya hidupnya.

Mungkin, ianya sesuatu yang membuatkan diri berusaha memperbaiki keadaan kehidupan kampung atau komuniti kepada tahap yang lebih baik dan selesa untuk semua strata kemanusiaan.

Sesuatu yang bukan hangat-hangat tahi ayam.

Selain dari beberapa ahli-ahli akademik dan politik yang betul-betul memahami inti revolution, saya belum lagi dapat merasa inspirasi oleh apa-apa yang ‘drastic’ dan ‘far reaching change’ dari juara-juara cyber.

Bagaimanakah seseorang dapat menyertai sesuatu revolution dengan cara yang bermakna? Simple dan senang sekali. B-A-C-A. Baca, baca, baca dahulu untuk mengelakkan diri dari diperbodohkan oleh mereka yang tahu lebih sedikit dari mu.

Selamat ‘berrevolusi’, Malaysia.