#

Adakan visi ekonomi berpendapatan tinggi Perdana Menteri Najib Razak akan menjadi mimpi yang tidak kesampaian, seperti Wawasan 2020 yang semakin pudar akibat kewajiban yang tidak dapat disempurnakan oleh segelintiran besar ahli-ahli politiknya di Dewan Rakyat?

Malaysia sudah jauh perjalanannya sebagai sebuah negara yang berperlembagaan semenjak 1957 dan 1963, rakyatnya sudah ramai bergelar mahasiswa/mahasiswi. Boleh berpikir, beranalisis dan hatta beraspirasi untuk bersaing dengan rakyat dari bumi global demi mengharumkan nama Malaysia.

Namun, sedih…. ahli-ahli politik tidak mahir dalam kerja perundangan dan belum lagi sedar ketidakmahiran (diharap bukan kealpaaan) mereka telah membina suatu tembok sebesar tembok besar China yang mampu menghalang anjakan paradigma sektor ekonomi dari melangkah ke tahap berdayasaing tinggi.

Ahli-ahli politiknya, terutama yang bergelar Yang Berhormat Dewan Rakyat masih terkongkong dengan pemikiran bak katak di dalam tempurung. Masih lena dengan ego pembesar kampung, sedangkan rakyat sudah lama memahami dan memperjuangkan hak-hak kerakyatan mereka. Ego pembesar kampung tidak lagi serasi dengan keperluan era teknologi canggih, oi sang-sang Yang Berhormat. Tahukah sekalian, kerja Yang Berhormat Dewan Rakyat bukan sekadar untuk merasmikan majlis, membuat kerja sosial NGO atau berziarah ke majlis keramaian?

Mandat dari rakyat dipandang enteng oleh ahli-ahli politik Yang Berhormat Dewan Rakyat. YB berpidato buta di Dewan Rakyat, memaki-hamun serta berhujah tanpa fakta atau keinginan untuk memperbaiki akta-akta agar kehidupan rakyat terjamin oleh Perundangan. Kekadang terasa malu terhadap perangai mereka bak tukang heboh di Dewan yang mulia, dan menunggu saatnya sekadar untuk mengangkat tangan atau memukul muka meja untuk tujuan menyokong atau membantah sesuatu sahaja. Hai, di manakah boleh kita melihat kebolehan si YB kita mencadang atau menggubal perundangan di Dewan Rakyat untuk kesejahteraan negara tercinta dan bukannya untuk parti tercinta?.

Berikut satu senarai ringkas bidang ketidakmahiran serta kurang hormat sebilangan besar ahli-ahli politik Dewan Rakyat dalam mempertahankan demokrasi perundangan Malaysia:

  • Peraturan mesyuarat
    Adab Dewan
    Cukupbilang
    Bahasa rasmi
    Isi-isi pertanyaan
    Meminda usul-usul

Tanpa kerja-kerja pemantapan perundangan, hasrat Perdana Menteri Najib Razak menjana ekonomi berpendapatan tinggi agar negara Malaysia yang tercinta tidak tertinggal dari arus pembangunan pesat dalam dunia global berteknologi lagi permikiran berdaya maju akan tinggal cakap kosong semata.

Advertisements