Ini sudah meleret menjadi adegan buruk dari siaran program untuk kanak-kanak.

Si Ibrahim Ali mewakili kaumnya. Si Donald Lim (reject dari Petaling Selatan) ingin menjadi hero mewakili kaumnya.

Yang tersangat berbeza di antara hero berdua ini adalah Ibrahim sudah sedia ada pengikutnya yang setia dengan falsafah bersatunya.

Si Donald pula cuba dengan sedaya upaya ‘mencucuk’ pengikut orang lain membuat kerja untuknya dan partinya yang terkapai-kapai tanpa tujuan politik di negara ni.

Kesian MCA… mengapa sampai sekarang masih terkapai-kapai mencari pepohon falsafahnya untuk berteduh?

MCA… janganlah malas sangat… buatlah kerja rumah sebelum membuat sebarang kenyataan yang membuat kawan BN marah-marah.

Mana think tank MCA bergelar INSAP yang terror itu? Ada peruntukan besar tetapi tidur saja… bangunlah dan buat kerja mu memberi input politik kepada bos-bos mu yang bijak berniaga tetapi tiada bakat langsung berpolitik era baru ini. Sampai Lim Kit Siang pun tiada hormat langsung terhadap keupayaan bos INSAP berbakti kepada rakyat.

Malunya kita lihat MCA kian hari membuat kenyataan yang menyiris hati kawan-kawan BN.

Menonton bola Jabulani yang teruk dari Adidas melatun merata FIFA Football World Cup lebih baik dari menonton MCA mencuba menjadi pelawak secara bodoh.