*

Selamat Hari Malaysia…

Bagi kali pertama dalam sejarah negara semua rakyatnya yang Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Dayak, Iban, orang Asal dan orang Asli bersama-sama bercuti umum menyambut perayaan ini sebagai satu Malaysia.

Satu langkah yang bagus untuk mengeratkan silaturrahim serta mengingatkan semua yang hidup di tanah bertentangan di seberang Laut Cina Selatan – kita ini 1Malaysia, bukan sahaja hanya fokus pada yang Melayu, Cina atau India atau dll di Semenanjung.

Yang perlu menjadi inti utamanya dan hakikat dalam semua perbincangan serta komen berkenaan 1Malaysia – perlu menonjolkan serta merangkumi pendapat dan aspirasi dari lebih 30 suku etnik dari Sabah dan lebih 40 suku etnik dari Sarawak.