.

Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pemimpin tertinggi UMNO yang pertama bercakap soal perubahan dalam parti setelah kehilangan sokongan pada PRU ke 12 Mac, 2008.

“Anggota UMNO perlu berani menyatakan perkara benar dan tidak hanya menyatakan sesuatu semata-mata untuk menyedapkan hati pemimpin, sedangkan ia adalah satu pembohongan. UMNO perlu berani melakukan perubahan tanpa mengorbankan prinsip perjuangan asal jika mahu terus relevan pada masa depan.” Utusan Malaysia, 6hb April 2008

Gua hairan kenapa parti komponen kedua terbesar BN tidak seberani UMNO untuk meneruskan perjuangan BN agar terus relevan kepada pengundi yang semakin cerewet memilih parti unggul untuk mewakili kawasan masing-masing.

Umum tahu MCA itu kaya. Pemimpin-pemimpin tertinggi MCA mungkin tidak tahu EGM boleh diadakan untuk membincangkan agenda lebih daripada satu item sahaja.

Apakah barisan pimpinan Chua Soi Lek, Liow Tiong Lai dan Ng Yen Yen itu malas berusaha dan masih nyenyak tidur pra-2008. Hai… taukeh-taukeh MCA masih tidak sedar peranan mereka untuk berganding dengan UMNO untuk menaikkan nama BN dan 1Malaysia

Bayangkan perbelanjaan besar yang kena dibiayai untuk mengadakan EGM untuk membincangkan SATU TOPIK sahaja.

Kenapa tidak membincangkan DUA, TIGA, EMPAT TOPIK? Lebih kurang sama sahaja perbelanjaannya.

Tidak hairan umum anggap MCA masih buta politik 1Malaysia. MCA dilihat masih tidak sanggup melangkah keluar dari kekangan imej zaman penjajahan Britishnya. Janganlah bertahan menentang pembaharuan perlembagaan parti untuk penyesuaian zaman kini.

Jangan marah dan binggung ya, jika disabitkan MCA punca pakej BN kalah PRU yang akan datang ini.

Baca statement salah satu taukeh MCA ini:

“Selangor MCA is supporting a proposal to postpone its party election so that it can focus on the next general election.

State MCA chairman Datuk Donald Lim said he would meet all division chiefs in the state next Monday to explain the need to amend the party constitution and to postpone the party election.

Speaking to reporters after attending a Chinese New Year get-together organised by the Malaysian Financial Planning Council yesterday, Lim said about 80% of over 400 of the central delegates in the state had signed the petition to defer the party election.

“It has been three years since the last general election. It is important for us to get ready and prepare for the next one,” he said.

Last week, it was reported that MCA would convene an extraordinary general meeting next month to allow its central delegates to decide whether to postpone its party election due the same month.”