.

Gua nampak tajuk berita “MCA desak JPA batalkan sesi temuduga biasiswa” di Malaysiakini bertarikh 25 Mei 2011 berbunyi:

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu jemaah menteri campurtangan bagi mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membatalkan amalan sesi temuduga pelajar sebelum mereka ditawarkan biasiswa luar negara.

Menurut beliau, perkara berkenaan akan ditimbulkan oleh keempat-empat anggota MCApada mesyuarat kabinet hari ini.

“(Pengagihan biasiswa-biasiswa luar negeri) mesti berdasarkan keputusan peperiksaan, walaupun temu duga tidak begitu baik…tapi jika mendapat semua A+, pelajar perlu diberi biasiswa,” katanya kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA, semalam.

Empat menteri MCA itu adalah Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung, Menteri Pelancongan Ng Yen Yen , dan Menteri Pengangkutan Kong Chor Har.

Gua tidak setuju dengan MCA.

Kalau aktiviti temuduga itu sebahagian daripada polisi Jabatan Perdana Menteri untuk melayakkan yang paling bagus untuk mendapatkan biasiswa, itu seharusnya perkara yang baguskan? Takkan nak beri biasiswa kepada yang hanya pandai dalam perkara ‘menghafal’ sahaja.

Kita perlu sedar dalam dunia global sekarang tidak ada peluang julung untuk sesebuah negara yang kurang/tiada mempunyai kepakaran ‘people skill’ atau ‘soft skill’. Lihat Amerika, rakyatnya amat menghargai kepakaran seperti berbicara dan berinteraksi kerana mereka tahu kejayaan pemasaran produk mereka memerlukan kebolehan mendalami dan berinteraksi melalui ‘perbualan’ dengan dunia.

Pelajar kita yang hanya boleh menghafal itu, kenalah juga diuji samada mereka berkebolehan berinteraksi supaya ‘transfer of knowledge’ itu berjaya bila mereka dihantar ke menara gading yang penuh dengan persaingan yang sengit.

Janganlah sampai di sana pulak, pelajar kita berkampung sesama sendiri sahaja kerana tidak berkebolehan menyampaikan perbualan atau berinteraksi. Pendidikan itu ‘holistic’ bukan satu dimensi sahaja, oi.  Malaysia perlukan mahasiswa mahasiswi yang all rounder dan kaya dengan soft skill.

Dengar itu, MCA? MCA juga memerlukan all rounder, kikikiki…