Menurut petikan ucapan Chua Soi Lek pada AGM MCA yang telah dianjurkan pada 2 Oktober 2011 lalu,

“Lima puluh empat tahun yang lalu, pemimpin-pemimpin dari dua buah parti politik iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock telah duduk semeja dengan Tun Sambanthan dari MIC untuk merangka satu persetujuan yang menjanjikan para penduduk pelbagai kaum di negara ini hidup secara aman dalam sebuah Malaya yang merdeka.”

“Hari ini, rakyat memerlukan satu lagi PENDEKATAN BARU, pendekatan untuk masa depan.”

Saya selalu mengambil perhatian apabila segolongan individu-individu mendakwa bahawa mereka mewakili kepentingan masyarakat tertentu.

Terutama sekali apabila mereka menyatakan mahu menuntut rundingan baru.

Terutama sekali apabila mereka mahu berunding untuk mendapatkan kelebihan ekonomi dan politik.

Dan terutama sekali apabila mereka masuk berunding dan berjaya mendapat kelebihan … untuk geng mereka.

Tanpa disedari orang ramai, namabaik masyarakat semena-mena dipergunakan untuk mendapatkan terma-terma yang terbaik bagi keuntungan segelintir kroni-kroni sahaja.

Para pengundi-pengundi, tolong celik mata.