.

Tahukah anda bagaimanakah kebebasan Ketua Audit Negara dikekalkan?

Ketua Audit Negara dilantik dan bertanggungjawab kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, kebebasan Ketua Audit Negara diperjelaskan di dalam Seksyen 7, Akta Audit berkaitan dengan kuasa-kuasa Ketua Audit Negara seperti yang dinyatakan di atas.

Maka, percayakah anda terhadap laporan Ketua Audit Negara terbaru ini yang telah mendedahkan kelemahan sistem, projek/agensi/GLC kerajaan yang kelam-kabut/gagal mencapai objektif, membelanjakan wang rakyat dengan ‘accountablity’ yang remeh, perbelanjaan yang mencurigakan

Tahukah anda apakah tanggungjawab Ketua Audit Negara?

Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menggariskan tanggungjawab Ketua Audit Negara untuk mengaudit Akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Awam Lain dan Badan-badan yang ditentukan dengan perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Apakah kuasa Ketua Audit Negara?

Ketua Audit Negara berkuasa penuh untuk mendapatkan segala maklumat dan keterangan serta penjelasan dalam menjalankan kewajipannya. Beliau berhak memeriksa semua dokumen dan boleh meminta individu tertentu memberi keterangan secara bersumpah serta memberi kuasa kepada mana-mana individu menjalankan penyiasatan dan pemeriksaan bagi pihak beliau. Di samping itu, Ketua Audit Negara juga boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan bagi menjalankan tugasnya. Segala keterangan dan maklumat yang didapati oleh Ketua Audit Negara berkaitan dengan kewajipannya adalah rahsia.

Apakah skop pengauditan yang dijalankan?

Pengauditan Penyata Kewangan – untuk mengesahkan penyata kewangan tahunan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi Kerajaan bagi memenuhi keperluan undang-undang dan standard perakaunan. Melalui pengauditan ini Ketua Audit Negara akan memberi pendapat sama ada penyata yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.

Pengauditan Pematuhan – untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.

Pengauditan Prestasi – untuk menilai sama ada sesuatu program/ aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Baca Laporan Ketua Audit Negara dan buat rumusan anda sebelum anda melaporkan diri untuk mengundi calon dari parti-parti politik di PRU 13 akan datang.