Calon PRU13: Yang mana satu pilihan daku?

Tinggalkan komen

Yang mana satu…. idaman kalbu….? (lagu best dari P.Ramlee)

 

Bersih 3 Sexy dan Semut

Tinggalkan komen

Selepas dudukbantah pada 28 April 2012, mari kita lihatbantah banyak gambar-gambar dari aktiviti Bersih 3.0….

Linknya di sini http://bersih3.s3-website-ap-southeast-1.amazonaws.com/

Ada 2 gambar yang paling tak tahu nak percaya atau tidak kesahihannya ialah:

1. Bersih sexy

2. Bersih semut

You think the gambar-gambar di atas are real ke?

 

Percayakah anda terhadap laporan audit negara?

Tinggalkan komen

.

Tahukah anda bagaimanakah kebebasan Ketua Audit Negara dikekalkan?

Ketua Audit Negara dilantik dan bertanggungjawab kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, kebebasan Ketua Audit Negara diperjelaskan di dalam Seksyen 7, Akta Audit berkaitan dengan kuasa-kuasa Ketua Audit Negara seperti yang dinyatakan di atas.

Maka, percayakah anda terhadap laporan Ketua Audit Negara terbaru ini yang telah mendedahkan kelemahan sistem, projek/agensi/GLC kerajaan yang kelam-kabut/gagal mencapai objektif, membelanjakan wang rakyat dengan ‘accountablity’ yang remeh, perbelanjaan yang mencurigakan

Tahukah anda apakah tanggungjawab Ketua Audit Negara?

Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menggariskan tanggungjawab Ketua Audit Negara untuk mengaudit Akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Awam Lain dan Badan-badan yang ditentukan dengan perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Apakah kuasa Ketua Audit Negara?

Ketua Audit Negara berkuasa penuh untuk mendapatkan segala maklumat dan keterangan serta penjelasan dalam menjalankan kewajipannya. Beliau berhak memeriksa semua dokumen dan boleh meminta individu tertentu memberi keterangan secara bersumpah serta memberi kuasa kepada mana-mana individu menjalankan penyiasatan dan pemeriksaan bagi pihak beliau. Di samping itu, Ketua Audit Negara juga boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan bagi menjalankan tugasnya. Segala keterangan dan maklumat yang didapati oleh Ketua Audit Negara berkaitan dengan kewajipannya adalah rahsia.

Apakah skop pengauditan yang dijalankan?

Pengauditan Penyata Kewangan – untuk mengesahkan penyata kewangan tahunan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi Kerajaan bagi memenuhi keperluan undang-undang dan standard perakaunan. Melalui pengauditan ini Ketua Audit Negara akan memberi pendapat sama ada penyata yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.

Pengauditan Pematuhan – untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.

Pengauditan Prestasi – untuk menilai sama ada sesuatu program/ aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Baca Laporan Ketua Audit Negara dan buat rumusan anda sebelum anda melaporkan diri untuk mengundi calon dari parti-parti politik di PRU 13 akan datang.

Politik baru Bersih Malaysia 2.0 (sambungan)

1 Komen

———————————————————————————————————————————————

MM : Apakah makna Malaysia 2.0 terhadap percaturan politiknya?

HO : Representasi politik (political representation) yang selama ini diwakili oleh parti-parti politik telah beralih ke paradigm baru dengan ketimbulan suara rakyat.

Fenomena ini mula disedari oleh parti-parti politik pada Pilihanraya ke 12 yang lalu di mana keputusannya telah menyaksikan rakyat menjunjung hak mereka untuk menyuarakan pendapat, membuat perbandingan, serta kritikan-kritikan terhadap parti-parti politik tradisional yang selama ini hanya memainkan peranan orang tengah.

Melalui Bersih2, komponen Rakyat kini telah menunjukkan kapasiti untuk bersuara, mengutarakan kritikan serta bantahan terhadap apa yang dipersepsi sebagai ketidakadilan untuk pembaikpulihan kesejahteraan masyarakat.

 

Baca bahagian 1 di sini

 

Biodata Ho Aoi Ling
Is a social media listening specialist and heads an independent think tank in Kuala Lumpur. She may be reached at cleat.clew@gmail.com or Twitter
http://twitter.com/aoiling

Mesej meluat dari juak dan soldadu UMNO #Fail

Tinggalkan komen

=====

.

UMNO jangan berfikiran bahawa ia hanya boleh membangun dengan menjatuhkan orang lain. Jika ia berpegang kepada cara ini, maka ia terpaksa mencari dan menyungkil masaalah.

Kenalah UMNO berkerja keras untuk mencungkil skandal seks orang lain pula. Ertinya, UMNO ini menyambung hayat dan kehidupan dengan mencari dan memakan daging saudara nya sendiri. Ia bergerak kehadapan bukan dengan mengangkat dan membangkitkan bangsa tapi menyibukkan diri dan tenaga kepada memperjuangkan isiu isiu picisan.

Mengajak orang berkelahi, bertumbuk dan tikam menikam.

Dengan melakukan apa yang ia lakukan, apakah sebenarnya mesej yang di hantar oleh UMNO?

Ini yang menyebabkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa sangsi dan takut kepada system keadilan di Malaysia yang dianggap diterajui oleh UMNO. (butir ayat penghunjung ini I tokok-tambah sikit, sori ya, Pak Ariff!)

*Ekstrak di atas dipetik dari blog sakmongkol

Cerita Ekonomi UMNO

Tinggalkan komen

.

Gua ingin berkongsi highlight dari blog Sanusi Junid. Para terakhir paling menarik untuk kupasan ahli-ahli politikus Melayu, baik dari Barisan Nasional atau dari Pakatan Rakyat atau dari kumpulan ketiga Raja Petra.

 

“Lepas tahun 1969, Melayu sebagai Bumiputera sibuk dengan Dasar Ekonomi Baru.
Rata-rata kita bercerita fasal ekonomi, kita berhenti cerita fasal politik.
“No more political courses”, dengan izin.
Semua kursus-kursus politik sudah tidak ada lagi.
Yang ada pada kita hanya kursus ekonomi.
Di masjid, khutbah ekonomi. Radio cerita fasal ekonomi. TV cerita fasal ekonomi. Akhbar cerita fasal ekonomi. Segalanya fasal ekonomi.

Memang boleh kita bercerita fasal ekonomi, tetapi jikalau kita bercerita fasal ekonomi dengan cara yang terpisah daripada kesedaran politik, kita mewujudkan satu masyarakat yang materialistik dan materialismenya itu tidak disampingi oleh semangat perjuangan.”

 

Apa pandangan pembaca?

UMNO upaya pinda perlembagaan, MCA masih berdegil

Tinggalkan komen

.

Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pemimpin tertinggi UMNO yang pertama bercakap soal perubahan dalam parti setelah kehilangan sokongan pada PRU ke 12 Mac, 2008.

“Anggota UMNO perlu berani menyatakan perkara benar dan tidak hanya menyatakan sesuatu semata-mata untuk menyedapkan hati pemimpin, sedangkan ia adalah satu pembohongan. UMNO perlu berani melakukan perubahan tanpa mengorbankan prinsip perjuangan asal jika mahu terus relevan pada masa depan.” Utusan Malaysia, 6hb April 2008

Gua hairan kenapa parti komponen kedua terbesar BN tidak seberani UMNO untuk meneruskan perjuangan BN agar terus relevan kepada pengundi yang semakin cerewet memilih parti unggul untuk mewakili kawasan masing-masing.

Umum tahu MCA itu kaya. Pemimpin-pemimpin tertinggi MCA mungkin tidak tahu EGM boleh diadakan untuk membincangkan agenda lebih daripada satu item sahaja.

Apakah barisan pimpinan Chua Soi Lek, Liow Tiong Lai dan Ng Yen Yen itu malas berusaha dan masih nyenyak tidur pra-2008. Hai… taukeh-taukeh MCA masih tidak sedar peranan mereka untuk berganding dengan UMNO untuk menaikkan nama BN dan 1Malaysia

Bayangkan perbelanjaan besar yang kena dibiayai untuk mengadakan EGM untuk membincangkan SATU TOPIK sahaja.

Kenapa tidak membincangkan DUA, TIGA, EMPAT TOPIK? Lebih kurang sama sahaja perbelanjaannya.

Tidak hairan umum anggap MCA masih buta politik 1Malaysia. MCA dilihat masih tidak sanggup melangkah keluar dari kekangan imej zaman penjajahan Britishnya. Janganlah bertahan menentang pembaharuan perlembagaan parti untuk penyesuaian zaman kini.

Jangan marah dan binggung ya, jika disabitkan MCA punca pakej BN kalah PRU yang akan datang ini.

Baca statement salah satu taukeh MCA ini:

“Selangor MCA is supporting a proposal to postpone its party election so that it can focus on the next general election.

State MCA chairman Datuk Donald Lim said he would meet all division chiefs in the state next Monday to explain the need to amend the party constitution and to postpone the party election.

Speaking to reporters after attending a Chinese New Year get-together organised by the Malaysian Financial Planning Council yesterday, Lim said about 80% of over 400 of the central delegates in the state had signed the petition to defer the party election.

“It has been three years since the last general election. It is important for us to get ready and prepare for the next one,” he said.

Last week, it was reported that MCA would convene an extraordinary general meeting next month to allow its central delegates to decide whether to postpone its party election due the same month.”

Fenomena cuti gara-gara Harimau kalahkan Garuda

Tinggalkan komen

.

‘Garuda makan asap’ – Harian Metro

‘Garuda patah sayap’ – Sinar Harian

Aish… mana sportsmanship-nya aduhai suratkhabar Melayu?

Sorry, Indonesia. Round ini kalah bola, next round kembali bersporting, ya.

.

Hari besok Malaysia dikurniakan hari cuti oleh kerajaan Malaysia kerna fenomena menang bola AFF Suzuki aka Tiger Cup semalam. Khairy Jamaluddin yang men-Twitter kepada Perdana Menteri kita meminta isytihar cuti umum.

Hari ini, kedengaran ramai peniaga dan tuanpunya busines sektor swasta marah-marah kehilangan satu hari produktivi besok + kena bayar pekerja untuk bercuti bola.

Take note, Najib Razak oi.

Produser Melayu ada beranikah?

Tinggalkan komen

.

Adakah produser drama Melayu kita akan menyahut cabaran ini?

Tolong negara Malaysia yang tercinta untuk membasmi gejala rasuah, korupsi, suapan, sogokan? Membantu mendidik anak-anak muda dan tua tentang implikasi kegiatan rasuah yang berleluasa yang merosakkan mana-mana masyarakat pun?

Beranikah para produser Melayu menjauhkan diri dari drama-drama cinta? Beranikah para produser Melayu menglibatkan diri menerbitkan drama berat mengendalikan persoalan rasuah, melawan korupsi, sikap sambil lewa penguatkuasaan atau cabaran yang dihadapi oleh penguatkuasa berkenaan?

—berikut suntingan sebuah komen dari blog lain

Anonymous said…

The chinese drama in TV 2 every Sunday 6pm is taking the lead in showcasing the seriousness of corruptions in Malaysia.

While the malay drama always focus on cinta and more cinta. Are the malay producers afraid to produce drama that might touch the sensitivities of certain people?

The chinese surely have taken the lead in this area….for once the malay producer should have the balls to do it.

9:39 AM

I ok ngan sistem 3 parti, engkau?

Tinggalkan komen

.

Kawan-kawan sekalian,

Hak rakyat patut dipertahankan, setuju?

Ahli-ahli kabinet, wakil rakyat dan senator patut dipilih dari kalangan rakyat yang berkebolehan untuk membuat polisi negara, setuju?

Ahli-ahli kabinet, wakil rakyat dan senator tidak boleh mempermainkan rakyat melalui politik kepartian bila menentukan polisi-polisi halatuju ekonomi negara, setuju?

Hak rakyat untuk memilih mereka yang terbaik untuk menyuarakan suara rakyat patut dipertahankan, setuju?

Jadi, mengapa hak rakyat untuk memilih dari barisan politik selain dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat belum lagi dipenuhi?

Sekali lagi, kawan-kawan, jangan lupa adalah jadilah pengguna yang bijak untuk hak membuat pilihan dari pelbagai rangkaian selain dari BN atau PR.

(Ambik engkau… Najib Razak, Anwar Ibrahim, Chua Soi Lek)

Older Entries